Saat Kami Bernafas - Mukhayam 2011


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat-nikmat islam yang tidak pernah putus-putus.

Ok, sekarang hirup udara islam. Tarik nafas, jangan hembus!

Nikmat bukan?

Hari ini. Kehidupan kita diasak dan diasak. Itulah keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentam.

Lalu bagaimana kita mahu cuba keluar dari himpitan dunia?

Oh... hanya ada 1 jalan. ISLAM. Dalam jalan itu ada banyak lorong-lorong. Mari kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita. Allah sentiasa ada.

Masyaallah rindu pada dunia dakwah penulisan. Mungkin tiap kali ditanya kenapa lama tak update.. jawapannya 'bz'. Naqib saya kata, "manusia ini diuji dengan kesempitan masa, tetapi tidak mungkin seorang da'i apabila ujian datang lalu tiada hasil untuk ummah". Eh.. tersipu-sipu. ^^

Insyaallah, post kali ni nak berkongsi bersama anda dalam program Mukhayam Ikram Kuala Selangor 2011. Bait-bait perjalanan yang indah kerana diikat dengan rantaian ukhwah.

Mukhayam Details

Tarikh :
26-27hb Mac 2011 (Jumaat malam- Ahad)

Lokasi :
Teluk Segadas, Pulau Pangkor

Objektif :
-menerapkan nilai-nilai ukhuwwah secara praktis (Gabungan hammasah Syabab+ Syuyukh)
-menerapkan nilai-nilai disiplin antara jundi dan qiadah
-penyampaian bahan-bahan asas dalam tarbiyah secara praktikal
-melengkapkan satu lagi wasilah tarbiyah

Rantaian Perjalanan.Ok, biar gambar-gambar yang menceritakan :

1) Pembahagian ikhwah mengikut kenderaan, berkumpul di Pejabat Ikram.



2) Sarapan pagi di Lumut.



3) Perjalanan. Bawa barang-barang ke Jeti.



4) Signboard.



5) Feri yang menjadi wasilah kami ke P. Pangkor.



6) Jungle tracking. Kawasan rata. Haaa.. tunggu sekejap lagi. jeng.. jeng.. jeng..



7) Jungle tracking. Kawasan cerun. ><



8) Ikhwah memasang khemah.



9) Wajah ceria. Timbus-timbus!



10) Ikan bakar. Alahai, watak sebenar tiada dalam gambar. hehe



11) Fuhh.. meleleh..



12) Wak Khayat. Terbaik!



13) Masing-masing sibuk dengan hasil tangkapan ikan.



14) hehe..



15) Bukan senang nak potong cili ni. haha..



16) Allahuakhbar.. subhanallah. Indah ciptaanMu.



17) Perkongsian. Lintasan hati. Topik : Umat islam hari ini ibarat buih-buih di lautan. Sementara tunggu chef-chef siapkan sarapan.



18) Bersama 2 orang FAHMI. Students UITM Puncak Alam.



19) Terpaksa beratur panjang untuk balik. 1 perjalanan hebat!



Semoga ukhwah ni tsabat ila abadan abada. Uhibbukum fillah! Insyaallah.

Wallahu'alam..
Read More

Thursday, January 6, 2011

MELAHIRKAN RAMAI MURABBI, BUKAN SEKADAR MUALLIM


Assalamualaikum WBT.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dalam kesibukan berpraktikal di estet Sungai Buloh, Allah masih memberi ruang. Sangat adil.

Sudah masuk tahun 2011? Hmm.. berborak dengan hati, adakah saat ni umur saya telah meningkat? Atau umur saya sedang berkurang? Mungkin kedua-duanya betul. Meningkat pada angkanya daripada umur 20 ke 21. Angkanya berubah menjadi lebih besar! Tetapi hakikatnya, umur itu menjadikan saya lebih dekat dengan kematian. Errrkk.. umur hidup saya semakin mengecil!

Minggu ini pasti ramai students yang mula mendaftar ke sekolah baru. Begitu juga ‘muallim’ baru. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum! Tertarik ingin mengupas tentang golongan yang dikatakan sebagai guru. Ayuh bersama saya..


Konsep mengajar bukan sekadar memberi pelajaran, tetapi pendidikan.


Murabbi vs Muallim

Guru dan ibu bapa mesti berperanan sebagai murabbi (pendidik), tidak sekadar muallim(pengajar). Mengapa? Ini kerana peranan muallim berfokuskan pengajaran manakala murabbi berfokuskan pendidikan. Belum tentu seorang muallim automatik menjadi murabbi.

Matlamat utama muallim adalah memindahkan ilmu kepada anak muridnya. Samaada berbentuk fardhu ain (agama) atau fardhu kifayah (akademik). Satu bentuk proses penghantaran ilmu dari akal ke akal. Dan muridnya meluahkan ilmu tersebut diatas kertas. Oh.. secara zahirnya kejayaan keberkesanan muallim bergantung kepada keputusan peperiksaan.

Murabbi lebih daripada itu. Murabbi berperanan mentarbiyah jiwa muridnya. Golongan ini akan cuba membuka hati muridnya. Supaya ilmu dapat dihayati, diyakini.. bahkan diamalkan di dalam kehidupan. Ternyata lebih mencabar. Tugasnya lebih advance.

Saya berikan formula :

(a) Muallim : berlegar pada akal
(b) Murabbi : sebati di dalam hati


KEKUATAN KEMAHUAN MENGATASI PENGETAHUAN


Muallim memastikan akal anak muridnya lahir pengetahuan sedangkan murabbi memastikan dalam jiwa anak muridnya berlegar kemahuan.

Saya berikan contoh. Seorang murid diajar tentang sifat mahmudah (baik) dan mazmumah (buruk). Dia diajar tentang sifat sabar. Tetapi hanya dengan itu dia mampukah bersabar dengan cabaran yang menguji kesabarannya? Maaf, kadang-kadang orang yang punya Ph.D dalam bidang akhlak atau tasawwuf pun tidak sabar bila berdepan dengan realiti kehidupan.

Ya, kita ada ilmu dan mahu mencurah segala ilmu itu untuk anak murid. Tetapi ramai yang gagal memberi didikan. Tidak hairanlah semakin meningkat kadar kelahiran anak luar nikah dari kalangan siswa dan siswi. Isu jenayah berleluasa!


Ok, kita tutup isu..


Kenapa saya nak close? Sebab mahu rujuk semula maudu’.


BAGAIMANA MELAHIRKAN RAMAI MURABBI, BUKAN SEKADAR MUALLIM?

Eh, soalan ini terlalu kecil. Saya perincikan lagi. Siapakah yang mampu mendidik para murabbi? Bagaimana keberkesanan maktab-maktab perguruan atau universiti melahirkan murabbi? Apakah kelayakan yang seharusnya ada pada seorang murabbi? Apakah individu yang meletakkan profesion guru sebagai pilihan terakhir dan menerimanya secara terpaksa mampu menjadi murabbi?

Jawapannya ada pada semua orang. Diskusi bersama hati.

Secara ringkasnya seorang murabbi ialah mereka yang benar-benar merasakan tugas mendidik itu ialah amanah daripada Allah. Dia perlu sedar bahawa dia sedang memikul tugas warisan para nabi dan rasul khususnya nabi Muhammad saw.


Adakah profesion murabbi jatuh pada bahu seorang guru sahaja?


Sedikit perkongsian.. saya bukannya guru, insyaallah future assistant manager. Hari-hari saya berjumpa dengan pelbagai masalah yang datang daripada pekerja sendiri. Misalnya kes pekerja bergaduh dengan staf, kes isteri berkhalwat dengan suami orang lain, pekerja yang mengular, rasuah, dan bermacam lagi. Adakah saya terlepas daripada masalah itu hanya kerana saya bukan ‘guru’?

TIDAK.. murabbi adalah orang yang WAJIB berdepan dengan jiwa, akal, nafsu dan perasaan manusia! Sebab itu para nabi dan rasul diutus ke dunia. Mereka hadir untuk menyeru, mendidik, dan memimpin manusia.

Tugas mendidik adalah untuk mereka yang berjiwa besar, benar, tulus, amanah dan jujur dalam melaksanakan misi ini. Jika para rasul dengan berdepan dengan umat seluruhya, kita hakikatnya sedang berdepan dengan pelajar dan pekerja sahaja.

Sudah clear peranan sebenar kita? ayuh menjadi murabbi full time!

Wassalam..
Read more

Tuesday, December 7, 2010

Transformasi Rakyat Kearah Bersahsiah Tinggi (Hijrah)


Assalamualaikum wbt.

Ada orang melihat tarbiah yang dilakukan berdasarkan kuantiti kerja yang telah dia buat. Ada juga orang melihat tarbiah yang dilakukan berdasarkan kualiti kerja yang dilakukan. Persoalannya, tarbiyah yang macam mana sepatutnya dilakukan? Adakah bermula dengan Negara? Masyarakat? ada jawapan? Ikuti dialog antara 3 sahabat baik.

“subhanallah, hebat pemuda tu.. umur masih muda, tetapi sangat aktif dalam kerja-kerja dakwah”, kata Saifullah.

“ya, aku tengok dia mampu membentuk masyarakat yang rosak akhlak menjadi baik”, tambah Ghaffar.

“tabik aku kat orang macam dia ni… huhu”, sambung Saifullah.

“hmm.. aku tak hairan pun orang macam dia dan aku tak respect”, sampuk Syafiq.

“kenapa…??!!!”, soal Saifullah dan Ghaffar serentak.

“sabar, bukanlah maksudnya aku tak suka dengan apa yang telah dia buat. Sahabat, aku tidak kagum dengan orang yang mampu membentuk orang lain, tetapi aku lebih kagum dengan orang yang mampu membentuk dirinya sendiri dan ikhlas adalah kunci untuk membuka pintu hidayah.”, jawab Syafiq.

So, clear? Entri kali ini saya nak bawa anda berfikir tentang persoalan-persoalan menarik dalam tujuan kita berdakwah. Mahu bersama saya? Jom!


Corak Akhlak Diri Menjadi Baik Dan Lebih Baik!


Imam Ghazali ada berkata, “hendaklah engkau melaksanakan amalan baik itu dihadapan anakku. Apa yang dilihatnya adalah akhlak, bukan ilmu seseorang ”.

Hari ini ramai orang yang punya ilmu agama yang tinggi, tetapi tidak ramai yang beramal dengan ilmu-ilmunya. Memang kita mampu bercakap tentang agama dari a – z, mampu berhujah, berdialog dengan non – muslim. Tetapi selari ke dengan amalan kita sebenar-benarnya?

Saya beri contoh terbaik, sebelum seorang pemimpin Negara ingin menjadikan rakyatnya baik, dia mestilah sudah menjadi baik, dan tentu sekali lebih baik! Malah tidak menggunakan wang Negara untuk tujuan peribadi. Jadilah pemimpin atau da’e (pendakwah) yang menggerakkan islam. Bukan islam yang menggerakkan kita. Kerana kita yang memerlukan islam, bukan islam yang memerlukan kita. (ambil masa fahamkan).


Hijrah Mentrasformasi Ummah


Ada orang tanya, “sempena 1432 Hijrah ni.. kita sedang menuju kearah ‘Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur’, tetapi kenapa ‘transformasi Negara maju kearah berpendapatan tinggi’??”

Wah.. killer question!

Pertamanya, kita kena tahu membezakan antara wasilah (alat) dan maqasid (tujuan/matlamat). Contoh mudah, ‘manusia makan untuk hidup’. Ayat itu menunjukkan ‘makan’ sebagai wasilah dan ‘untuk hidup’ sebagai maqasid.

Tidak salah untuk kaya. Tetapi ambillah ikhtibar daripada sirah lampau. Allah telah tunjuk 2 contoh yang berbeza, antara 2 orang kaya. Pertama Nabi Sulaiman, baginda adalah manusia yang kaya dan raja ketika itu. Bahkan sangat adil dan saksama ketika memerintah segala makhluk seperti jin, binatang, angin dll. Tetapi, contoh ke-2 adalah Qarun, ya.. dia memang kaya. Tetapi kerana kekayaan, dia menjadi sesat. Dapat buat perbandingan?

“biarkan dunia bertakhta di hujung jari, bukan di dalam hati”.

Kalau anda rajin, selusurilah sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bukan sahaja beliau mampu membentuk manusia menjadi adil, bahkan binatang juga berubah menjadi baik! Hebat bukan? Dan itu semua tidak akan terjadi sekiranya Umar sendiri tidak terlebih dahulu menjadi adil dan saksama.

Kesimpulannya jadilah manusia yang kaya, tetapi menjadikan kaya sebagai alat untuk mengejar akhirat. Bukan kaya sebagai matlamat.


Mana Lebih Mudah Dibina?


Struktur bangunan Putrajaya cantik tersusun. Tetapi kenapa masyarakat di dalamnya masih mundur dengan agama?

Ahli falsafah ada berkata, “membina bangunan itu amat mudah, tetapi membina orang yang membuat bangunan itu amat susah”. Haa.. sama seperti bank. Membina bank itu senang, tetapi mahu mengislamkan bank itu sangat sukar.

Janganlah dipersoal tentang kecanggihan minda yang menyusunaturkan putrajaya, kerana itu contoh yang kecil!!! Ambil saja contoh manusia yang membina piramid. Betapa ramai manusia yang membina piramid, tetapi adakah ada yang berani menegakkan kalimah ‘lailahaillallah’ kepada Firaun?

Tidak dinafikan, memang Negara kita semakin pesat membangun. Tetapi adakah kita mahu berbangga dengan pembangunan fizikal semata-mata? Adakah cukup sekadar teknologi canggih dan bangunan pencakar langit? Realitinya manusia suka mencabar Allah.. suka merubah ciptaan Allah.

Cuba anda lihat, di tengah-tengah pembangunan yang pesat.. berapa ramai manusia yang rosak kualiti hidupnya? Semakin ramai yang terjunam di lembah yang hina. Artis-artis dipuja, masyarakat Barat yang rosak akhlak pula dijadikan sebagai ikon.

Contoh yang paling jelas.. umat islam lebih mendewa-dewakan sistem hidup yang tidak islamik kerana terikut dengan sistem warisan penjajah. Kenapa saya cakap macam ni? Sudah tentu kerana sistem barat telah menutup serapat-rapatnya daripada kebangkitan sistem khalifah? Eh, tak terfikir? Bukankah dunia sekarang masih belun ada ketua umat islam!


Lahirkan Minda KHALIFAH


simple… sangat simple…


Pertama, lantiklah diri menjadi pemimpin islam walaupun tidak diiktiraf oleh manusia. Kedua, buang minda yang dijajah daripada berkiblatkan barat. Ketiga, al-quran dan al-hadith sebagai rujukan utama. Simple, tetapi payah! Payah kerana kita tidak mulakan..

1 teguran, ramai orang ingin menjadi mujtahid. Tetapi mujtahid yang berpandangan sdn bhd. Usah diketepi pandangan ulama. Kerana jelas mereka mempraktikkan amalan mereka berdasarkan acuan al-quran.

Salam 1432 Hijrah. Wassalam.
Read more

Monday, November 22, 2010

eh.. sayangnya mereka!


-ukhwah ibarat tasbih-

Bismillahirrahmaanirrahim


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillahi rabbil a’lamin. Nikmat terbesar terasa, nikmat islam.. hmmm.. tiba-tiba teringat ‘mereka’ di Sarawak. Aduhh.. Agak-agak sape ye? Haa.. mereka itu keluarga angkat saya. Setahun bersilaturrahim dengan mereka di Bintulu, bermula daripada semester pertama sehingga semester kedua (pertengahan 2008 – pertengahan 2009). Hai.. sudah lama tak jenguk-jenguk. ^^

Perkongsian kali ini saya benar-benar ingin berkongsi. Oh, apa ayat ni? Naqib usrah saya di UPMKB ada kata, “tak kenal maka ta…..aruf”. Jadi mahu berkenalan dengan keluarga kedua saya? Mari bersama saya. Aiwa! Insyaallah.


FIRST GEAR


Sebelum saya di Sime Darby Plantation Academy, saya telah study di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Diringkaskan muqaddimah, suatu hari saya ke LCCT (Air Asia) untuk penerbangan pertama ke Bintulu. Secara tidak sengaja telah berkenalan dengan seorang wanita yang confirm perempuan! (yeke tak sengaja?, macam sudah diatur). Dia bukanlah wanita muda yang tidak berpunya, tetapi sudah ada anak.. bahkan mempunyai beberapa cucu. Melepas? Err.. tidak sama sekali.

Namanya Puan Hasni, dia sudah separuh umur. Mempunyai perwatakan yang baik dan peramah orangnya. Sempat juga kami berkenalan walaupun sedang sesak berbaris untuk check in. Barang-barang yang dibawa wanita itu sangat banyak. Hairan.. mampukah angkut semua? Hand carry pula tu! Kebetulan semua bagasi saya sudah masuk ke kargo, so saya offer tolong angkatkan beg dia. (cehhh.. nak beritahu juga ke?).

Segalanya cantik susunan perancangan ALLAH.. entah macam mana, mak cik tu pula yang ‘angkat’ saya. Dia ambil saya menjadi anak angkatnya. Wah3

Apabila tiba di airport Bintulu, kami bertukar nombor telefon. Katanya dia mahu memperkenalkan saya kepada suami, anak-anak dan cucu-cucunya. Saya semakin bersemangat! Kenapa? Adakah kerana ‘anak’nya? Sekali lagi TIDAK! Bukankah innamalmukminunalukhwah? Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara..


SECOND GEAR


Sebulan di UPMKB, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada orang yang saya tunggu-tunggu. Bukan daripada mak cik Hasni, tetapi suaminya, HJ Awang. Dia pelawa saya berbuka puasa (ramadhan 2008) ke rumahnya. Ini bukanlah sekadar satu pelawaan biasa, tetapi dijemput! Banglonya terletak di kawasan Koperasi Housing (dekat dengan Kampung As-Syakirin). Pasangan itu ada 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) dan mempunyai 8 orang cucu. Comel-comel semuanya ^^

Bermula daripada situlah ukhwah kami bertambah indah..



Sekarang sudah setahun setengah tidak berjumpa dengan mereka semua. Hanya telefon yang menjadi perantara. Terima kasih CELCOM! (promote cket). Ya ALLAH, uhibbukum fillah. Saya sayang mereka kerana ALLAH. Ini sekadar perkongsian. Berkasih sayanglah antara saudara kerana Allah, tetapi awas.. mesti tahu membezakan yang halal ataupun haram. Tentu anda faham.

Saya kongsikan lagi. Terdapat 7 golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada Hari Kiamat kelak.. dan golongan yang kelima ialah ‘orang yang saling mencintai karena Allah, bertemu karena Allah, berpisah karena Allah’. Masyaallah. Terus bersama saya? Insyaallah. Wassalam.
Read more

Sunday, November 14, 2010

Kerana Cinta, Ukhwah Tergadai


Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Segala puji bagi Alllah yang menciptakan seluruh semesta. Dia yang maha berkuasa keatas segala sesuatu. Nikmat islam dirasa, disemai di dalam hati. Saya mulakan bingkisan hati ini dengan kalamullah. Kerana Dia telah menggerakkan hati ini untuk menulis dan bergerak dalam medan dakwah. Peringatan.. bacalah perkongsian ini atas dasar takwa. Bukan dipandu oleh emosi semata-mata.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Saya tambah lagi, jangan mendamba yang solehah kalau diri tidak soleh. Manusia mempunyai fitrah yang sama, iaitu ingin menyintai dan ingin dicintai. Lalu islam hadir sebagai panduan untuk segala hal.


KISAH PERCINTAAN


Saya mahu berkongsi satu kisah yang benar. Kisah yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dan panduan. Nama yang dinyatakan bukanlah nama sebenar.

Kisah bermula apabila seorang pemuda bernama Abdullah yang menyintai seorang wanita bernama Aisyah. Mereka mempunyai fikrah yang baik. Malah mempunyai pengetahuan tentang agama yang mantap. Percintaan mereka berlaku atas dasar suka sama suka. Hari-hari mereka adalah hari yang indah dan mengembirakan. Mereka mengharapkan hubungan yang baik dan berkekalan.

Pada awalnya, mereka sekadar ber’sms’ untuk bertanya khabar, bertanya tentang pelajaran, kesihatan, solat dan tidak lebih daripada itu. Bait-bait percintaan disusun dengan baik. Namun kisah percintaan mereka tidak diketahui oleh umum. Mereka merahsiakan daripada semua orang. Ketika itu Abdullah dan Aisyah sangat yakin mereka akan disatukan. Tetapi persoalannya, adakah jodoh ditangan mereka?

Semakin hari mereka ‘selesa’ dengan hubungan yang mereka cipta. Mereka mula berani. Abdullah meng’upgrade’ hubungan dengan bergayut (bertelefon) bersama Aisyah. Perasan berubah. Mereka saling rindu merindui tidak kira masa dan ketika. Lalu kedua-duanya terfikir, adakah seperti itu hubungan yang mereka idamkan? Sudah tentu jawapannya tidak. Aisyah bertindak seperti seorang mujahadah yang hebat, dia meminta hubungan itu diputuskan. Abdullah tersentak.. Dia sedih dan kecewa dengan keputusan itu. Namun demi kebaikan akhirnya dia bersetuju. Sebelum berpisah, mereka telah berjanji akan menjaga cinta dan akan kembali apabila tiba masanya.

Abdullah sering berdoa agar Allah menjaga hati mereka berdua supaya tidak menerima mana-mana pengganti. Bulan berganti bulan. Maka genaplah setahun mereka berpisah. Satu hari, Abdullah bermimpi berjumpa dengan Aisyah, tetapi samar-samar. Keesokannya dia cuba gagahkan diri untuk bertanya status Aisyah. Namun alangkah terkejutnya dia! seakan tidak percaya bahawa Aisyah sudah dimiliki orang lain. Dia telah bercinta dengan sahabat baiknya sendiri. Malah mereka berdua telah menafikan cinta mereka. Allahuakhbar.. Agak-agaknya apakah perasaan Abdullah ketika itu? Jawapannya adalah dia kecewa. Perasaan bergetar yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kadang-kadang dia bermonolog bersendiri.

Tetapi dia pasrah, redha dan yakin itu adalah ujian daripada ALLAH. Sedang dia membersihkan diri dengan wuduk, dia teringat kalam Allah yang berbunyi :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


PENGAJARAN DARIPADA KISAH


Kenapa hidup terasa kosong apabila bersendiri? sebab diisi dengan cinta manusia melebihi kasih kepada Allah. Benarlah bahawa tiada jalan percintaan yang baik kecuali melalui pernikahan. Walaupun kadang-kadang kita cuba menyamar dengan mewujudkan suasana ala-ala Islamic, namun Allah lebih mengetahui. Janganlah bersedih dengan ujian yang Allah timpakan. Kerana Dia sedang menyelamatkan hati kita. Syaitan akan memperdayakan manusia dengan jarum-jarumnya yang sangat halus!

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia. Apatah lagi yang menyintai dunia. Syurga itu hadiah buat mreka yang bersusah payah menunaikan amanah. Walaupun sukar dan perit, perjuangan perlu tetap diteruskan. Biar rebah tersungkur, biar luka berdarah, kita harus teruskan! sebab itu memang tanggungjawab kita sebagai khalifah. Serahkan setiap yang berlaku kepada Allah. Dia lebih mengetahui.

Nasihat buat diri sendiri dan anda semua, “kejarlah cinta Allah dahulu..”. nasihat yang ringkas, tetapi anda perlu fikirkan. Adakah ada yang masih mahu bercinta? Tepuk dada, tanya iman. Rajinkan diri untuk bertahajud. Allah menjadikan siang supaya hambanya bekerja. Dan menjadikan malam agar manusia berehat.Sekarang jelas, munajat pada malam hari bukan satu bentuk 'kerja'. tetapi menghambakan diri dalaam keadaan rehat, tenang. Tanpa sebarang gangguan. Tanpa perlu fikir dunia. Subhanallah.


Akhirnya, usahlah berdendam sesama manusia. Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Bergembiralah dengan keadaan yang sekarang. Allah terlalu cintakan kita. Jagalah hati ini, beri cinta yang mahal buat si ‘dia’ melalui jalan yang dibenarkan syarak.. bukan dengan ber’topeng’kan islam semata-mata.

"YA ALLAH, MAAFKAN HATI YANG TIDAK SEMPURNA MENCINTAIMU.."
Read more

Wednesday, November 10, 2010

Senyum Lagi..



Assalamualaikum wbt.


Apa khabar iman da'i-da'i semua? bergembiralah menjadi khalifah Allah. Apa? Penat? Sakit? masyaallah, itu sudah pasti. ujian itu sakit sebab Allah mahu beri syurgaNya yang mahal. Biar berat ujian itu, ukirlah senyuman yang paling manis. Kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati. Ia tidak menyakitkan,tetapi menjadi penawar hati yang sakit

HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.

Eh, mengapa sukar untuk tersenyum? Senyuman bukan milik mutlak insan yang dapat ‘mencipta bahagia’. Senyuman boleh jadi senjata paling kukuh tatkala kita diserang rasa putus asa. Senyuman merupakan tali yang boleh menarik semangat yang kian pudar, iman yang mulai rapuh.


Tahu tak kenapa?


Jika kita perasan, semasa kita terasa hidup dibelenggu tekanan atau berhadapan dengan kegagalan, tidak puas kita menyalahkan diri sendiri atau takdir. Sukarnya mahu terima hakikat. Rasa hidup ini singkat sahaja, tiada erti. Kita cuba lari dari keadaan, tapi sebenarnya kita lagi mengeruhkan keadaan. Hati kita sakit!

Berhadapanlah tekanan hidup dengan senyuman. Jangan jadi pejuang yang berada di medan peperangan, gentar dengan jumlah musuh dan patah balik tanpa mulakan apa-apa! Tekanan hidup suatu yang relatif. Jika kita takutkan lautan luas, maka jadilah seperti si pengail yang berada di tepi saliran, mendapat habuan, tetapi tidak seberapa. Berbeza dengan orang yang sanggup berhadapan risiko, sanggup redahi lautan luas. Risiko hidup lebih tinggi, tapi bagaimana dengan hasil? Tidak sedikit sayang…


Semuanya, kita yang tentukan..


Percayalah, pintu kejayaan dan ketenangan sentiasa ada. Senyumlah, hati akan reda dengan segala yang berlaku. Senyuman tatkala duka adalah ‘kuasa’ yang membantu kita bangkit di saat jatuh tersungkur. Ketika itu ramai orang ketawakan kita. Jika kita kuat, bangunlah dan tersenyum.


“Rilex aaa.. Aku tak mati lagi! Hahaha….”


Heh, hidup perlu diteruskan! Nak buat-buat pengsan ke? Suka hatilah… Jalan penyelesaian bukan satu. Ada plan A, B, dan seterusnya. Semestinya mesti pantas. Saya juga bukan tidak pernah masalah bertandang. Berfikiran positif! Yeah!

Memilih pekerjaan dahulu sebelum menuntut adalah tindakan yang berisiko. Serius! Saya perlu berhadapan dengan mulut-mulut ‘comel’ dan ‘petah’ berkata-kata. Jika saya berjaya selepas ini, adakah mulut-mulut ini akan berhenti ‘berkata-kata’? Semestinya tidak (mungkin volume berkurang sedikit). Selagi kita hidup, kritikan adalah peneman. Inilah politik hidup.

“Dan janganlah kamu hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).” (Surah Al-Ahzab : 48)


ok, senyummmmmmmmm.. klik! ^__^
Read more

Thursday, October 28, 2010

Semarakkan Ilmu Ya Murabbi




Assalamualaikum wbt.


Salam mujahadah buat students yang bakal menduduki peperiksaan.


Eh, anda punya ilmu bukan? Adakah ilmu itu nampak? Sudah tentu tidak kecuali dizahirkan dengan cara beramal. Konsep ilmu sama seperti dalam usrah.



Taaruf + tafahum + takaful = ibadah!



Taaruf, kita berkenalan dengan ilmu. Tafahum, kita berusaha memahami ilmu sebaiknya. Takaful, kita memberi ilmu-ilmu yang ada dengan orang lain. Eh, adakah ilmu saya akan berkurang kalau ditabur sana sini? Sahabat.. semakin banyak ilmu dikongsi, semakin tinggi kefahaman kita. Ini hipotesis alam.

Tetapi, ada 1 penyakit yang kerap melanda masyarakat students. Malas.. normal bukan? Saya kata, “orang malas akan berusaha untuk mengatakan dia rajin”. Saya yakin saya tidak silap. Saya mahu share 1 kisah :

Seorang pemuda menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu.

“Saudaraku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat”, kata pemuda.

“Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam 1 hari saya perlu berjalan ke sana sini, selagi mana ada manusia. Kalau saya tidak kuat dan sihat, saya tidak akan dapat menahan panas, hujan, dan apa jua cuaca”, jawab pengemis.

“Mengemis itu hina. Hilang maruah diri”, sambung pemuda.

“Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Sebab saya mengemis, orang lain mendapat pahala. Saya juga mendapat pahala sabar, apabila orang caci saya. Pahala syukur, apabila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa untuk orang yang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?”, balas pengemis.

Eh, anda diam? Tersenyum bukan. Nah, lihat.. pengemis tu bukan hanya miskin harta. Tetapi miskin jiwanya. Dia malas berusaha. Dan alas an untuk malas sentiasa ada. Lihat, kreatif bukan tipu daya syaitan? Sekarang saya tidak silap.



Malas itu dosa. Kadang-kadang masalah ini juga berlaku kepada orang cerdik agama. Ya, dia cerdik agama.. tetapi tidak pandai. Mereka ni sentiasa memikir bagaimana caranya untuk melepaskan diri daripada kesalahan. Pelbagai alas an diberikan dalam hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang, menipu diri sendiri.

Eh, faham ke maksud “cerdik agama, tetapi tidak pandai”. Saya bagi contoh. Dia cerdik untuk menutup kesalahannya dengan adanya ilmu. Tetapi dia tidak pandai untuk menipu Allah. Perasan tidak, ramai dikalangan ‘sheikh’ pandai berdalil/berhujah untuk menutup kesalahannya seperti tabiat merokok. Kadang-kadang orang yang menegur itu pula menjadi serba salah.


Hidup ini untuk memberi. Bukan sekadar menerima.


Ilmu yang yang berkat ialah ilmu yang dipanjangkan manfaatnya. Ia bermula dengan redha seorang guru. Hakikat hari ini, ilmu banyak digunakan untuk menaiki tangga jawatan semata-mata. Tidak faham? Saya jelaskan.. ramai daripada kalangan siswa dan siswi yang mempunyai pendidikan yang tinggi dalam ilmu agama mendapat jawatan menjadi murabbi di sekolah. Tetapi perjuangannya hanya terhad didalam kelas sahaja. Tidak digunakan untuk masyarakat sekitar.


Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Orang beragama itu lebih baik daripada orang agama. Ya, orang agama memang mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi bagaimana pula ilmu itu dimanfaatkan. Manakala orang beragama berbeza. Ilmunya biasa-biasa. Tetapi dia sentiasa berfikir untuk agama. Sentiasa risau tentang masalah ummah. Dan dia mahu melakukan sesuatu! Sebaiknya, jadilah golongan agama yang beragama? Insyaallah.


Ok. Anda tentu faham maksud saya. Belum terlambat untuk menyebarkan ilmu. Akhir kalam, ma’annajah fil imtihan. Terus bersama saya? Yallah-yallah. Wassalam.
Read more

Friday, October 1, 2010

Uslub Dakwah, Anda 'Pancung'!


Assalamualaikum wbt.



Errr.. saya mahu berkongsi pandangan.. bersama saya? Jom..



Orang hari ini melihat dakwah bermacam-macam. Ada yang terima, ada juga yang 'condemn'. Dan orang agama ini kadang-kadang pening kepala dengan orang luar disana. Mereka terlalu memilih dalam penyampaian dakwah. Ada yang berminat kepada humor. Pembawaan secara keras mahupun lembut. Malah kadang-kadang kepada yang lebih kontemporari seperti muzik. Adakah bermaksud mereka itu salah?


Persoalannya, sikap itu juga sekarang sedang melanda kepada orang agama! Kita yang faham agama juga sering meng‘condemn’ mereka yang suka memilih. Benar bukan? Anda tidak setuju. Tidak mengapa. Saya mahu beritahu.

Mereka yang terlalu memilih dalam penyampaian dakwah sebenarnya tidak boleh dipersalahkan. Dan daripada kalangan mereka ini ada ‘level’ yang berbeza-beza. Daripada golongan muda sehingga golongan tua. Anda muda? Tentu berminat, tertarik kepada cara yang santai dan menghiburkan. Golongan tua pula lebih kepada yang ‘flat’. Citarasa manusia berbeza. Bagaimana mungkin anda disuruh menerima budu walhal anda mahu sambal belacan? Sekadar contoh.

Golongan agama.. saya mahu bawa anda kepada persoalan lagi. Kenapa kita tidak mencari jalan mengapa mereka tidak mahu ikut kita. Dan apa penyelesaian kepada permasalahan itu.

Sebenarnya, diluar sana terdapat ramai golongan yang jahil agama. Tetapi mereka malu untuk bertanya. Mereka mahukan kita. Tetapi kita GAGAL memberi penyampaian yang terbaik. Saya sering ditanya oleh mereka yang kurang ilmu agama. Mereka ini solatnya tidak sempurna, sering diabaikan. Apatah lagi mahu baca Al-Quran, mengeja pun tidak tahu. Mereka bertanya pula soalan-soalan tadika. Ini benar. Bukan rekaan.

Ada kalangan orang yang faham agama, tetapi dia memancung orang yang berlakon untuk tujuan dakwah. Mereka terus menolak. Ramai da’i ditolak mentah-mentah cara pembawaannya. Fikirkan lagi.. kita menolak, menghentam televisyen. Mengatakan ia fitnah dunia. Tetapi adakah pada semua programnya? Bagaimana kita mahu bawa rancangan kerohanian. Walhal hari ini, ramai dari kalangan muda suka menonton wayang. Mengapa menolak inisiatif baru?


Kita mahu lahirkan ALTERNATIF. Tetapi hentaman yang datang. Mahu bergerak dengan islam pun susah. Cuba tanya pada hati kita. Hati yang paaaaaaaaliiing dalam. Adakah kita telah berusaha untuk mengajak orang ramai mengenal islam? (saya ada ulaskan perkara ini dalam post : Pelingkup Islam atau Penyokong Islam. Anda Tentukan).

Jangan dipersoal apa yang aku lakukan kerana aku punya uslub tersendiri untuk mencapai apa yang aku inginkan. Aku lihat cermin dan aku nampak diri aku, bukan orang lain..


Mungkin ada yang tidak setuju pandangan, huraian saya. Tetapi saya mahu sampaikan juga. Allah itu yang utama. Biarlah apa cara sekalipun dakwah itu dilakukan, asalkan tidak melanggar syariah islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bergeraklah wahai da’i. Innallahama’ana.


Renungkan kembali diri kita wahai da’i..


Adakah solat, ibadah, akhlak, puasa, tazkirah dan segala yang kita buat itu hanya nama ALLAH yang terDETIK? Ikhlas atau terkenal semata-mata? Janganlah hanya terkenal di dunia. Tetapi dilangit, malaikat sendiri tidak dapat cam.

Mari kita istighfar. Semoga dengan istighfar, ia dapat menyucikan hati kita. Hati yang selama ini kotor, berlakon, kepura-puraan, dan kemunafikan yang mengharap sanjungan manusia semata-mata. Agar Allah redha. Redha dengan amalan. Redha dengan usaha kita.

“Sampaikanlah daripadaku (Rasulullah) walau sepotong ayat..”


Wallahua'lam. Wassalam.
Read more

Tuesday, September 28, 2010

Perasmian Menara HPA, umat islam cemerlang


Assalamualaikum Wbt.

Alhamdulillah.

Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan September ini. Maka bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.

Perasmian Menara HPA (HPA International Centre) di Shah Alam akan dilangsungkan pada 2 Oktober 2010 (Sabtu). Haa.. Tanda tarikh ini dalam diari anda!

Lokasi :

Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam.


Aturcara program:

8.00 am – 11.30 am : Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS.

2.30 pm – 5.00 pm : Seminar khas produk Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat.




Jika anda meminati lagu nasyid dulu-dulu, mungkinkah lirik ini masih terlekat di ingatan anda?

“Umat Islam Harus Cemerlang Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam
Jangan Buang Masa, Siapa Kata Kita Tidak Boleh?
Kita Ada Allah Maha Kuasa, Kita Punya Kuasa Tenaga, Doa Sebagai Senjata,
Umat Islam Sentiasa Boleh.. Umat Islam Sentiasa Boleh..”


Alunan nasyid dari kumpulan Suara Firdaus ini masih segar di ingatan saya. Bagi saya, lagu ini memberi semangat kepada setiap umat Islam untuk lebih bermotivasi setiap hari! Lagu asal Menuju Wawasan dinyanyikan oleh kumpulan Suara Firdaus yang dicipta oleh Ustaz Fairuz. Lagu ini juga dijadikan sebagai lagu tema oleh HPA.

Semua dijemput hadir untuk menyaksikan hari bersejarah HPA memiliki bangunan menara sendiri. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Insya-Allah.



UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!



Wallahua’lam..
Read more

Sunday, September 26, 2010

Yahudi Diajar Benci Palestin


Wartawan dedah Netanyahu tipu proses damai
MUKA depan buku Levy yang mendedahkan penindasan Yahudi terhadap rakyat Palestin

EDINBURGH: Wartawan akhbar Haaretz, Gideon Levy, yang mempromosi buku barunya bertajuk The Punishment of Gaza menolak tanggapan umum Israel, mengamalkan demokrasi kerana menindas penduduk Palestin.

Malah, dalam wawancara dengan akhbar The Independent, beliau mendedahkan taktik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menipu proses damai kerana pemimpin itu menolak perdamaian dengan Palestin.

“Hari ini, ada tiga jenis manusia yang diperintah Israel iaitu warga Yahudi Israel yang memiliki hak sivil sepenuhnya.

“Warga Arab Israel yang diberi kewarganegaraan tetapi dikenakan diskriminasi teruk dan penduduk Palestin di wilayah ditakluki yang tidak memiliki hak sivil mahupun hak asasi manusia. Adakah itu demokrasi?

“Bagaimanakah anda boleh kata ia demokrasi sedangkan dalam masa 62 tahun, tiada satu kampung Arab dibina. Tak perlulah saya beritahu berapa banyak bandar dan kampung Yahudi dibina dalam masa itu.

“Penyelidikan mendedahkan berulang kali hukuman berbeza kepada warga Yahudi dan Arab bagi jenayah sama. Adakah demokrasi apabila seorang pelajar Palestin tidak langsung dapat menyewa pangsapuri di Tel Aviv kerana loghat dan namanya? Setiap bahagian dalam masyarakat Yahudi mengamalkan perkauman,” katanya. Levy berkata, perjuangan utamanya ialah membantu penduduk Palestin supaya dilayan seperti manusia tetapi ia sukar kerana sistem di Israel menyekatnya.

“Kami diajar beberapa perkara seperti manusia Palestin dilahirkan untuk membunuh dan kebencian mereka tidak rasional. Mereka bukan manusia seperti kami.

“Jadi, anda tinggal dalam masyarakat tanpa sebarang keraguan moral dan tiada perbahasan mengenainya secara terbuka. Sukar melawannya meskipun anda meninggikan suara,” kata Levy.

Misi perjuangannya menyebabkan menteri Israel menuntut kerajaan memantaunya kerana dia kini dianggap ‘risiko keselamatan’ apabila mendedahkan apa yang berlaku di wilayah ditakluki setiap minggu sejak tiga dekad lalu menerusi Haaretz.

“Misi saya ialah menghalang ramai penduduk Israel berkata saya tidak tahu,” katanya dan mungkin itu menyebabkan pemerintah dan penyokongnya mahu Levy ‘didiamkan.’


Levy menggunakan teknik mudah dengan bertanya warga Israel perasaan mereka jika hidup di bawah telunjuk tentera.

Dalam kejadian di Jenin, keretanya berada di belakang ambulans pada sekatan jalan selama sejam. Levy terlihat seorang wanita sakit dalam ambulans dan diberitahu pemandunya bahawa mereka selalu disuruh menunggu berjam-jam lamanya.

Beliau hilang sabar dan bertanya askar Israel apa perasaan jika ibu mereka berada dalam ambulans itu. Askar Yahudi itu mengacu senapang ke arahnya dan menyuruh Levy diam. Satu lagi contoh ialah ketika tentera Israel melancarkan ‘Operation Cast Lead’ membedil Gaza, dua tahun lalu.

“Seekor anjing milik penduduk Yahudi mati kena letupan roket Qassam dan berita itu disiarkan di muka depan akhbar paling laris di Israel. Pada hari yang sama, berpuluh-puluh penduduk Palestin mati di Gaza, beritanya di muka 16 dan ditulis dalam dua baris perkataan saja,” kata Levy.

Beliau juga memahami mengapa penduduk Palestin mengangkat senjata. Katanya, hanya selepas rundingan aman dibalas dengan keganasan oleh Israel menyebabkan warga Palestin menggunakan kekerasan.

“Apa yang berlaku jika penduduk Palestin tidak melancarkan roket Qassam (ke bandar di selatan Israel)? Adakah Israel akan menamatkan sekatan ekonominya?

“Karutlah. Jika penduduk Gaza tidak berbuat apa-apa seperti dikehendaki Israel, kes mereka akan hilang daripada agenda, tiada siapa akan peduli dengan nasib penduduk Gaza jika mereka tidak bertindak,” katanya.

Bagi Levy, rundingan damai adalah satu penipuan sejak ia dilancarkan dan tidak akan berjaya. Bagaimana dia boleh tahu?

“Ada satu ujian mudah bagi setiap rundingan damai. Satu keperluan ialah Israel membubarkan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

“Jadi, jika anda akan bubarkannya, anda tentu henti membinanya sekarang, betul? Cuma, mereka terus membinanya sejak proses damai Oslo lagi.

Seperti pemimpin berhaluan kiri termasuk Ehud Barak dan Tzipi Livni, Netanyahu sentiasa menentang rundingan damai termasuk mendabik dada mahu memusnahkan proses damai Oslo.

Pada 1997, Netanyahu tidak sedar pita rakaman masih berjalan apabila berkata: “Mengapa itu (dasar anti damai) penting? Kerana mulai saat itu saya menghentikan perjanjian Oslo.”

“Jika dia boleh mendakwa dan mengugut akan menghentikan proses damai, mengapa anda fikir yang terbaru ini akan berjaya? Selain itu, bagaimana anda boleh berdamai dengan separuh penduduk Palestin? Bagaimana anda boleh singkirkan Hamas dan Gaza,” tanya Levy lagi. – Agensi

Sumber : Berita Harian
Read more
 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009