Thursday, October 28, 2010

Semarakkan Ilmu Ya Murabbi




Assalamualaikum wbt.


Salam mujahadah buat students yang bakal menduduki peperiksaan.


Eh, anda punya ilmu bukan? Adakah ilmu itu nampak? Sudah tentu tidak kecuali dizahirkan dengan cara beramal. Konsep ilmu sama seperti dalam usrah.



Taaruf + tafahum + takaful = ibadah!



Taaruf, kita berkenalan dengan ilmu. Tafahum, kita berusaha memahami ilmu sebaiknya. Takaful, kita memberi ilmu-ilmu yang ada dengan orang lain. Eh, adakah ilmu saya akan berkurang kalau ditabur sana sini? Sahabat.. semakin banyak ilmu dikongsi, semakin tinggi kefahaman kita. Ini hipotesis alam.

Tetapi, ada 1 penyakit yang kerap melanda masyarakat students. Malas.. normal bukan? Saya kata, “orang malas akan berusaha untuk mengatakan dia rajin”. Saya yakin saya tidak silap. Saya mahu share 1 kisah :

Seorang pemuda menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu.

“Saudaraku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat”, kata pemuda.

“Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam 1 hari saya perlu berjalan ke sana sini, selagi mana ada manusia. Kalau saya tidak kuat dan sihat, saya tidak akan dapat menahan panas, hujan, dan apa jua cuaca”, jawab pengemis.

“Mengemis itu hina. Hilang maruah diri”, sambung pemuda.

“Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Sebab saya mengemis, orang lain mendapat pahala. Saya juga mendapat pahala sabar, apabila orang caci saya. Pahala syukur, apabila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa untuk orang yang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?”, balas pengemis.

Eh, anda diam? Tersenyum bukan. Nah, lihat.. pengemis tu bukan hanya miskin harta. Tetapi miskin jiwanya. Dia malas berusaha. Dan alas an untuk malas sentiasa ada. Lihat, kreatif bukan tipu daya syaitan? Sekarang saya tidak silap.



Malas itu dosa. Kadang-kadang masalah ini juga berlaku kepada orang cerdik agama. Ya, dia cerdik agama.. tetapi tidak pandai. Mereka ni sentiasa memikir bagaimana caranya untuk melepaskan diri daripada kesalahan. Pelbagai alas an diberikan dalam hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang, menipu diri sendiri.

Eh, faham ke maksud “cerdik agama, tetapi tidak pandai”. Saya bagi contoh. Dia cerdik untuk menutup kesalahannya dengan adanya ilmu. Tetapi dia tidak pandai untuk menipu Allah. Perasan tidak, ramai dikalangan ‘sheikh’ pandai berdalil/berhujah untuk menutup kesalahannya seperti tabiat merokok. Kadang-kadang orang yang menegur itu pula menjadi serba salah.


Hidup ini untuk memberi. Bukan sekadar menerima.


Ilmu yang yang berkat ialah ilmu yang dipanjangkan manfaatnya. Ia bermula dengan redha seorang guru. Hakikat hari ini, ilmu banyak digunakan untuk menaiki tangga jawatan semata-mata. Tidak faham? Saya jelaskan.. ramai daripada kalangan siswa dan siswi yang mempunyai pendidikan yang tinggi dalam ilmu agama mendapat jawatan menjadi murabbi di sekolah. Tetapi perjuangannya hanya terhad didalam kelas sahaja. Tidak digunakan untuk masyarakat sekitar.


Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Orang beragama itu lebih baik daripada orang agama. Ya, orang agama memang mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi bagaimana pula ilmu itu dimanfaatkan. Manakala orang beragama berbeza. Ilmunya biasa-biasa. Tetapi dia sentiasa berfikir untuk agama. Sentiasa risau tentang masalah ummah. Dan dia mahu melakukan sesuatu! Sebaiknya, jadilah golongan agama yang beragama? Insyaallah.


Ok. Anda tentu faham maksud saya. Belum terlambat untuk menyebarkan ilmu. Akhir kalam, ma’annajah fil imtihan. Terus bersama saya? Yallah-yallah. Wassalam.

3 comments:

Unknown said...

ana suka enta punye post , ^^ terima kasih sahabat

Anonymous said...

^_^ ... im juz land here for a while to give full support for u to keep on writing... insyaAllah..

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

Uwais & Anonymous - syukran jazilan sahabat. kudrat yang hanya pinjaman smentara. alhamdulillah

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009