Thursday, July 22, 2010

Nikmatnya, Oh Islam!



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih mengurniakan nikmat terbesar… nikmat islam. Nikmat yang sukar untuk dilihat, tetapi dekat di hati. Nikmat yang hanya diperolehi oleh sesetengah orang tetapi jarang dimanfaati. Anda fikir, amal dan terus istiqamah. Eh, anda tertanya-tanya bagaimana? Sahabat, Islam mempunyai kitab panduan, Al-Quran.. bukan untuk dipamer, diperaga sahaja.. tetapi dibaca, difahami dan ambil ikhtibar.

“Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya”, Saidina Ali RA.


Akhlak Rasulullah SAW itu seperti Al-Quran, tutur katanya juga seperti Al-Quran. Dan kehidupan baginda keseluruhannya adalah Al-Quran. Menurut Huzaifah, Rasulullah SAW ketika menjadi imam akan membaca surah Al-Baqarah, kemudian surah An-Nisa’ dan disambung surah Ali-Imran. Begitulah solat Rasulullah SAW. Dan malangnya sekarang, ada juga orang mengaku bahawa dia itu nabi (geleng kepala). Tetapi cuba tanya, adakah solat dia itu seperti nabi? Hahaha.. Anda fikirkan..

Eh, anda kenal ke siapa itu Huzaifah Al-Yamani? Beliau digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripadanya. Itulah antara tanda bahawa kita cinta nabi, seterusnya menjadi saksi tanda kita bersyukur dengan nikmat islam!


“Dia hidup berinteraksi ,mentadabburi berulang-ulang dan mengamalkan dengan Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai asas dalam kehidupan”


Siapakah orang itu?


Andalah orangnya…



Tetapi, hanya selepas kembali kepada Allah. Kembali kepada Allah bermaksud menyelesaikan segala masalah, tugasan kepada perlembagaan Al-Quran. Sahabat,Quran telah member kita jalan yang sangat mudah, tetapi malang kerana ada lagi manusia menganggap hukum Quran tidak lagi sesuai. Dan hanya relevan ketika ‘musabaqah’ dan ketika kematian sahaja. Masa itu, masing-masing sibuk mencari yasin..

Cinta kepada manusia senang dicari, dan kadang ada orang dalam 1 masa mampu berpasang-pasang. betulkah? Hahaha.. tetapi cinta kepada ALLAH hanya 1, dan susah bagi yang menyusahkan untuk mencari. Fahamkan? Bagaimana untuk mencari cinta Allah?



“Jangan cinta dunia…”



Boleh ambil dunia, tetapi jangan letak dunia di dalam hati. Adakah semudah kata-kata? MUDAH? MUDAH? Saya bagi contoh.. seorang budak yang baru dilahirkan, maka ramai orang yang gembira, bergelak ketawa keseronokan, membuat kenduri besar-besaran. Tetapi sekiranya budak itu meninggal dunia, masing-masing menangis! Adakah ada cinta kepada dunia? Walau sekelumit? Anda fikirkan lagi..

Masyaallah.. kita sama-sama nilai diri kita. Masih mahu terus bersama saya? hayati lirik ini (Snada – Demi Matahari) Wassalam.


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

0 comments:

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009