Sunday, November 14, 2010

Kerana Cinta, Ukhwah Tergadai


Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Segala puji bagi Alllah yang menciptakan seluruh semesta. Dia yang maha berkuasa keatas segala sesuatu. Nikmat islam dirasa, disemai di dalam hati. Saya mulakan bingkisan hati ini dengan kalamullah. Kerana Dia telah menggerakkan hati ini untuk menulis dan bergerak dalam medan dakwah. Peringatan.. bacalah perkongsian ini atas dasar takwa. Bukan dipandu oleh emosi semata-mata.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Saya tambah lagi, jangan mendamba yang solehah kalau diri tidak soleh. Manusia mempunyai fitrah yang sama, iaitu ingin menyintai dan ingin dicintai. Lalu islam hadir sebagai panduan untuk segala hal.


KISAH PERCINTAAN


Saya mahu berkongsi satu kisah yang benar. Kisah yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dan panduan. Nama yang dinyatakan bukanlah nama sebenar.

Kisah bermula apabila seorang pemuda bernama Abdullah yang menyintai seorang wanita bernama Aisyah. Mereka mempunyai fikrah yang baik. Malah mempunyai pengetahuan tentang agama yang mantap. Percintaan mereka berlaku atas dasar suka sama suka. Hari-hari mereka adalah hari yang indah dan mengembirakan. Mereka mengharapkan hubungan yang baik dan berkekalan.

Pada awalnya, mereka sekadar ber’sms’ untuk bertanya khabar, bertanya tentang pelajaran, kesihatan, solat dan tidak lebih daripada itu. Bait-bait percintaan disusun dengan baik. Namun kisah percintaan mereka tidak diketahui oleh umum. Mereka merahsiakan daripada semua orang. Ketika itu Abdullah dan Aisyah sangat yakin mereka akan disatukan. Tetapi persoalannya, adakah jodoh ditangan mereka?

Semakin hari mereka ‘selesa’ dengan hubungan yang mereka cipta. Mereka mula berani. Abdullah meng’upgrade’ hubungan dengan bergayut (bertelefon) bersama Aisyah. Perasan berubah. Mereka saling rindu merindui tidak kira masa dan ketika. Lalu kedua-duanya terfikir, adakah seperti itu hubungan yang mereka idamkan? Sudah tentu jawapannya tidak. Aisyah bertindak seperti seorang mujahadah yang hebat, dia meminta hubungan itu diputuskan. Abdullah tersentak.. Dia sedih dan kecewa dengan keputusan itu. Namun demi kebaikan akhirnya dia bersetuju. Sebelum berpisah, mereka telah berjanji akan menjaga cinta dan akan kembali apabila tiba masanya.

Abdullah sering berdoa agar Allah menjaga hati mereka berdua supaya tidak menerima mana-mana pengganti. Bulan berganti bulan. Maka genaplah setahun mereka berpisah. Satu hari, Abdullah bermimpi berjumpa dengan Aisyah, tetapi samar-samar. Keesokannya dia cuba gagahkan diri untuk bertanya status Aisyah. Namun alangkah terkejutnya dia! seakan tidak percaya bahawa Aisyah sudah dimiliki orang lain. Dia telah bercinta dengan sahabat baiknya sendiri. Malah mereka berdua telah menafikan cinta mereka. Allahuakhbar.. Agak-agaknya apakah perasaan Abdullah ketika itu? Jawapannya adalah dia kecewa. Perasaan bergetar yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kadang-kadang dia bermonolog bersendiri.

Tetapi dia pasrah, redha dan yakin itu adalah ujian daripada ALLAH. Sedang dia membersihkan diri dengan wuduk, dia teringat kalam Allah yang berbunyi :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


PENGAJARAN DARIPADA KISAH


Kenapa hidup terasa kosong apabila bersendiri? sebab diisi dengan cinta manusia melebihi kasih kepada Allah. Benarlah bahawa tiada jalan percintaan yang baik kecuali melalui pernikahan. Walaupun kadang-kadang kita cuba menyamar dengan mewujudkan suasana ala-ala Islamic, namun Allah lebih mengetahui. Janganlah bersedih dengan ujian yang Allah timpakan. Kerana Dia sedang menyelamatkan hati kita. Syaitan akan memperdayakan manusia dengan jarum-jarumnya yang sangat halus!

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia. Apatah lagi yang menyintai dunia. Syurga itu hadiah buat mreka yang bersusah payah menunaikan amanah. Walaupun sukar dan perit, perjuangan perlu tetap diteruskan. Biar rebah tersungkur, biar luka berdarah, kita harus teruskan! sebab itu memang tanggungjawab kita sebagai khalifah. Serahkan setiap yang berlaku kepada Allah. Dia lebih mengetahui.

Nasihat buat diri sendiri dan anda semua, “kejarlah cinta Allah dahulu..”. nasihat yang ringkas, tetapi anda perlu fikirkan. Adakah ada yang masih mahu bercinta? Tepuk dada, tanya iman. Rajinkan diri untuk bertahajud. Allah menjadikan siang supaya hambanya bekerja. Dan menjadikan malam agar manusia berehat.Sekarang jelas, munajat pada malam hari bukan satu bentuk 'kerja'. tetapi menghambakan diri dalaam keadaan rehat, tenang. Tanpa sebarang gangguan. Tanpa perlu fikir dunia. Subhanallah.


Akhirnya, usahlah berdendam sesama manusia. Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Bergembiralah dengan keadaan yang sekarang. Allah terlalu cintakan kita. Jagalah hati ini, beri cinta yang mahal buat si ‘dia’ melalui jalan yang dibenarkan syarak.. bukan dengan ber’topeng’kan islam semata-mata.

"YA ALLAH, MAAFKAN HATI YANG TIDAK SEMPURNA MENCINTAIMU.."

4 comments:

kak mardhiah taj said...

salam. nice post. keep on writing.
barakallahu fik

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

wsalam. terima kaseh. insyallah selagi ade sahabat2 yang menyokong, selagi ada kudrat untuk agama. saya akan terus menulis. post kali ni saya dapat feedback ramai, situasi yang sama berlaku kepada mereka. ini sebagai pengajaran.

Anonymous said...

hu...dah bace...sgt2 tersentuh..terime kasih..huhu..kite da paham..salam

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

syaza nuramirah? bagus anak murid cikgu ni~

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009