Tuesday, December 7, 2010

Transformasi Rakyat Kearah Bersahsiah Tinggi (Hijrah)


Assalamualaikum wbt.

Ada orang melihat tarbiah yang dilakukan berdasarkan kuantiti kerja yang telah dia buat. Ada juga orang melihat tarbiah yang dilakukan berdasarkan kualiti kerja yang dilakukan. Persoalannya, tarbiyah yang macam mana sepatutnya dilakukan? Adakah bermula dengan Negara? Masyarakat? ada jawapan? Ikuti dialog antara 3 sahabat baik.

“subhanallah, hebat pemuda tu.. umur masih muda, tetapi sangat aktif dalam kerja-kerja dakwah”, kata Saifullah.

“ya, aku tengok dia mampu membentuk masyarakat yang rosak akhlak menjadi baik”, tambah Ghaffar.

“tabik aku kat orang macam dia ni… huhu”, sambung Saifullah.

“hmm.. aku tak hairan pun orang macam dia dan aku tak respect”, sampuk Syafiq.

“kenapa…??!!!”, soal Saifullah dan Ghaffar serentak.

“sabar, bukanlah maksudnya aku tak suka dengan apa yang telah dia buat. Sahabat, aku tidak kagum dengan orang yang mampu membentuk orang lain, tetapi aku lebih kagum dengan orang yang mampu membentuk dirinya sendiri dan ikhlas adalah kunci untuk membuka pintu hidayah.”, jawab Syafiq.

So, clear? Entri kali ini saya nak bawa anda berfikir tentang persoalan-persoalan menarik dalam tujuan kita berdakwah. Mahu bersama saya? Jom!


Corak Akhlak Diri Menjadi Baik Dan Lebih Baik!


Imam Ghazali ada berkata, “hendaklah engkau melaksanakan amalan baik itu dihadapan anakku. Apa yang dilihatnya adalah akhlak, bukan ilmu seseorang ”.

Hari ini ramai orang yang punya ilmu agama yang tinggi, tetapi tidak ramai yang beramal dengan ilmu-ilmunya. Memang kita mampu bercakap tentang agama dari a – z, mampu berhujah, berdialog dengan non – muslim. Tetapi selari ke dengan amalan kita sebenar-benarnya?

Saya beri contoh terbaik, sebelum seorang pemimpin Negara ingin menjadikan rakyatnya baik, dia mestilah sudah menjadi baik, dan tentu sekali lebih baik! Malah tidak menggunakan wang Negara untuk tujuan peribadi. Jadilah pemimpin atau da’e (pendakwah) yang menggerakkan islam. Bukan islam yang menggerakkan kita. Kerana kita yang memerlukan islam, bukan islam yang memerlukan kita. (ambil masa fahamkan).


Hijrah Mentrasformasi Ummah


Ada orang tanya, “sempena 1432 Hijrah ni.. kita sedang menuju kearah ‘Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur’, tetapi kenapa ‘transformasi Negara maju kearah berpendapatan tinggi’??”

Wah.. killer question!

Pertamanya, kita kena tahu membezakan antara wasilah (alat) dan maqasid (tujuan/matlamat). Contoh mudah, ‘manusia makan untuk hidup’. Ayat itu menunjukkan ‘makan’ sebagai wasilah dan ‘untuk hidup’ sebagai maqasid.

Tidak salah untuk kaya. Tetapi ambillah ikhtibar daripada sirah lampau. Allah telah tunjuk 2 contoh yang berbeza, antara 2 orang kaya. Pertama Nabi Sulaiman, baginda adalah manusia yang kaya dan raja ketika itu. Bahkan sangat adil dan saksama ketika memerintah segala makhluk seperti jin, binatang, angin dll. Tetapi, contoh ke-2 adalah Qarun, ya.. dia memang kaya. Tetapi kerana kekayaan, dia menjadi sesat. Dapat buat perbandingan?

“biarkan dunia bertakhta di hujung jari, bukan di dalam hati”.

Kalau anda rajin, selusurilah sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bukan sahaja beliau mampu membentuk manusia menjadi adil, bahkan binatang juga berubah menjadi baik! Hebat bukan? Dan itu semua tidak akan terjadi sekiranya Umar sendiri tidak terlebih dahulu menjadi adil dan saksama.

Kesimpulannya jadilah manusia yang kaya, tetapi menjadikan kaya sebagai alat untuk mengejar akhirat. Bukan kaya sebagai matlamat.


Mana Lebih Mudah Dibina?


Struktur bangunan Putrajaya cantik tersusun. Tetapi kenapa masyarakat di dalamnya masih mundur dengan agama?

Ahli falsafah ada berkata, “membina bangunan itu amat mudah, tetapi membina orang yang membuat bangunan itu amat susah”. Haa.. sama seperti bank. Membina bank itu senang, tetapi mahu mengislamkan bank itu sangat sukar.

Janganlah dipersoal tentang kecanggihan minda yang menyusunaturkan putrajaya, kerana itu contoh yang kecil!!! Ambil saja contoh manusia yang membina piramid. Betapa ramai manusia yang membina piramid, tetapi adakah ada yang berani menegakkan kalimah ‘lailahaillallah’ kepada Firaun?

Tidak dinafikan, memang Negara kita semakin pesat membangun. Tetapi adakah kita mahu berbangga dengan pembangunan fizikal semata-mata? Adakah cukup sekadar teknologi canggih dan bangunan pencakar langit? Realitinya manusia suka mencabar Allah.. suka merubah ciptaan Allah.

Cuba anda lihat, di tengah-tengah pembangunan yang pesat.. berapa ramai manusia yang rosak kualiti hidupnya? Semakin ramai yang terjunam di lembah yang hina. Artis-artis dipuja, masyarakat Barat yang rosak akhlak pula dijadikan sebagai ikon.

Contoh yang paling jelas.. umat islam lebih mendewa-dewakan sistem hidup yang tidak islamik kerana terikut dengan sistem warisan penjajah. Kenapa saya cakap macam ni? Sudah tentu kerana sistem barat telah menutup serapat-rapatnya daripada kebangkitan sistem khalifah? Eh, tak terfikir? Bukankah dunia sekarang masih belun ada ketua umat islam!


Lahirkan Minda KHALIFAH


simple… sangat simple…


Pertama, lantiklah diri menjadi pemimpin islam walaupun tidak diiktiraf oleh manusia. Kedua, buang minda yang dijajah daripada berkiblatkan barat. Ketiga, al-quran dan al-hadith sebagai rujukan utama. Simple, tetapi payah! Payah kerana kita tidak mulakan..

1 teguran, ramai orang ingin menjadi mujtahid. Tetapi mujtahid yang berpandangan sdn bhd. Usah diketepi pandangan ulama. Kerana jelas mereka mempraktikkan amalan mereka berdasarkan acuan al-quran.

Salam 1432 Hijrah. Wassalam.

2 comments:

zuhratunnoorjannah@znj said...

assalamualaikum...
alhamdulillah,syabas shbt...
penulisan dan pendekatan yg sgt baik...

"jadilah manusia yang kaya, tetapi menjadikan kaya sebagai alat untuk mengejar akhirat. Bukan kaya sebagai matlamat. "

saya sgt tertarik dgn ungkapan ni...
smga ramai yg lebih mbuka minda mereka terhadap dunia masa kini...
smga negara kita bakal diterajui oleh seorg pemimpin yg meletakkan islam dihadapan...
smoga Allah meredhaimu dan keluarga...
amin...

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

waalaikumussalam. alhamdulillah. segala puji utkNya. ya, iman itu dibuktikan dengan amalan. iaitu sesudah ujian.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009