Thursday, January 6, 2011

MELAHIRKAN RAMAI MURABBI, BUKAN SEKADAR MUALLIM


Assalamualaikum WBT.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dalam kesibukan berpraktikal di estet Sungai Buloh, Allah masih memberi ruang. Sangat adil.

Sudah masuk tahun 2011? Hmm.. berborak dengan hati, adakah saat ni umur saya telah meningkat? Atau umur saya sedang berkurang? Mungkin kedua-duanya betul. Meningkat pada angkanya daripada umur 20 ke 21. Angkanya berubah menjadi lebih besar! Tetapi hakikatnya, umur itu menjadikan saya lebih dekat dengan kematian. Errrkk.. umur hidup saya semakin mengecil!

Minggu ini pasti ramai students yang mula mendaftar ke sekolah baru. Begitu juga ‘muallim’ baru. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum! Tertarik ingin mengupas tentang golongan yang dikatakan sebagai guru. Ayuh bersama saya..


Konsep mengajar bukan sekadar memberi pelajaran, tetapi pendidikan.


Murabbi vs Muallim

Guru dan ibu bapa mesti berperanan sebagai murabbi (pendidik), tidak sekadar muallim(pengajar). Mengapa? Ini kerana peranan muallim berfokuskan pengajaran manakala murabbi berfokuskan pendidikan. Belum tentu seorang muallim automatik menjadi murabbi.

Matlamat utama muallim adalah memindahkan ilmu kepada anak muridnya. Samaada berbentuk fardhu ain (agama) atau fardhu kifayah (akademik). Satu bentuk proses penghantaran ilmu dari akal ke akal. Dan muridnya meluahkan ilmu tersebut diatas kertas. Oh.. secara zahirnya kejayaan keberkesanan muallim bergantung kepada keputusan peperiksaan.

Murabbi lebih daripada itu. Murabbi berperanan mentarbiyah jiwa muridnya. Golongan ini akan cuba membuka hati muridnya. Supaya ilmu dapat dihayati, diyakini.. bahkan diamalkan di dalam kehidupan. Ternyata lebih mencabar. Tugasnya lebih advance.

Saya berikan formula :

(a) Muallim : berlegar pada akal
(b) Murabbi : sebati di dalam hati


KEKUATAN KEMAHUAN MENGATASI PENGETAHUAN


Muallim memastikan akal anak muridnya lahir pengetahuan sedangkan murabbi memastikan dalam jiwa anak muridnya berlegar kemahuan.

Saya berikan contoh. Seorang murid diajar tentang sifat mahmudah (baik) dan mazmumah (buruk). Dia diajar tentang sifat sabar. Tetapi hanya dengan itu dia mampukah bersabar dengan cabaran yang menguji kesabarannya? Maaf, kadang-kadang orang yang punya Ph.D dalam bidang akhlak atau tasawwuf pun tidak sabar bila berdepan dengan realiti kehidupan.

Ya, kita ada ilmu dan mahu mencurah segala ilmu itu untuk anak murid. Tetapi ramai yang gagal memberi didikan. Tidak hairanlah semakin meningkat kadar kelahiran anak luar nikah dari kalangan siswa dan siswi. Isu jenayah berleluasa!


Ok, kita tutup isu..


Kenapa saya nak close? Sebab mahu rujuk semula maudu’.


BAGAIMANA MELAHIRKAN RAMAI MURABBI, BUKAN SEKADAR MUALLIM?

Eh, soalan ini terlalu kecil. Saya perincikan lagi. Siapakah yang mampu mendidik para murabbi? Bagaimana keberkesanan maktab-maktab perguruan atau universiti melahirkan murabbi? Apakah kelayakan yang seharusnya ada pada seorang murabbi? Apakah individu yang meletakkan profesion guru sebagai pilihan terakhir dan menerimanya secara terpaksa mampu menjadi murabbi?

Jawapannya ada pada semua orang. Diskusi bersama hati.

Secara ringkasnya seorang murabbi ialah mereka yang benar-benar merasakan tugas mendidik itu ialah amanah daripada Allah. Dia perlu sedar bahawa dia sedang memikul tugas warisan para nabi dan rasul khususnya nabi Muhammad saw.


Adakah profesion murabbi jatuh pada bahu seorang guru sahaja?


Sedikit perkongsian.. saya bukannya guru, insyaallah future assistant manager. Hari-hari saya berjumpa dengan pelbagai masalah yang datang daripada pekerja sendiri. Misalnya kes pekerja bergaduh dengan staf, kes isteri berkhalwat dengan suami orang lain, pekerja yang mengular, rasuah, dan bermacam lagi. Adakah saya terlepas daripada masalah itu hanya kerana saya bukan ‘guru’?

TIDAK.. murabbi adalah orang yang WAJIB berdepan dengan jiwa, akal, nafsu dan perasaan manusia! Sebab itu para nabi dan rasul diutus ke dunia. Mereka hadir untuk menyeru, mendidik, dan memimpin manusia.

Tugas mendidik adalah untuk mereka yang berjiwa besar, benar, tulus, amanah dan jujur dalam melaksanakan misi ini. Jika para rasul dengan berdepan dengan umat seluruhya, kita hakikatnya sedang berdepan dengan pelajar dan pekerja sahaja.

Sudah clear peranan sebenar kita? ayuh menjadi murabbi full time!

Wassalam..

2 comments:

rahsiahati said...

sedih =(
my former school,bukan nk mgaibkan,
hnya jadikan teladan..
byk muallim, tetapi tidak murabbi..
semoga allah memberikan kesedaran kpd mereka..
amin ya rabb

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

insyaallah. tarbiyah hati datang dari dasar takwa. mulakan dengan training zikir dan fikir.

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009