Friday, July 2, 2010

Forward, Oh Mudahnya.. Tapi Hati-Hati!


Assalamua’laikum wbt,

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Alhamdulillah a’la kullu ni’mat.

Sahabat, mari kita bandingkan.. orang dahulu memperjuangkan islam dengan darah, tetapi orang sekarang memperjuangkan islam dengan peluh. Bezakan perjuangan mujahid dahulu yang terpaksa berperang untuk menegakkan syiar islam dan hari ini kita hanya perlu duduk dalam ceramah sambil brpeluh.. dan belek-belek jam sehingga time over. Benar bukan? Kini, sudah macam menjadi trend masyarakat kita pada hari ini berdakwah melalui pena tetapi menggunakan budaya forward, iaitu apabila diterima suatu, berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti FACEBOOK.

Kenapa perlu pastikan cerita yang kita dengar sahih? Tak boleh ke kita terima saja kemudian terus sampaikan? Bukankah balaghu a’nni walau ayyah? benar, memang seorang muslim wajib untuk menyampaikan dakwah walau sepotong ayat. Tetapi.. selidiklah terlebih dahulu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindak tanduk kita kerana malaikat sentiasa mencatat setiap perbuatan kita. Bukan sukar untuk kita terlibat di dalam penyebaran berita palsu terutamanya di zaman ini.

"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).

Antara isu yang panas yang kian dibahaskan pada akhir-akhir ini seperti,

Isu I5Ra3L :

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah, jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page israel dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata isrel ada disana juga. Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist. Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya. tolong disebarin. syukron.

Jawapan untuk Isu I5Ra3L :

Sekiranya kita taip/search di ruang kotak search fb, semua berkaitan perkataan itu akan ada di 'list' bukan? dan masalahnya, adakah yakin dan pasti automatik akan menjadi 'fans'? sebenarnya untuk pengetahuan, itu hanye di linkkn sahaja dan ianya adalah link yang menghubungkan antara satu sama lain. Contohnya, sekiranya kita taip palestine atau apa-apa sahaja ia pasti akan keluar profile yang berkaitan ‘palestine’, dan di bawahnya akan keluar semua post dari pengguna facebook yang berkaitan dgn ‘palestine’

Baik, saya buktikan lagi. Harap anda semua boleh mengerti maksud saya,

1) http://www.facebook.com/pages/Novel/106037806093446
2) http://www.facebook.com/pages/Comedy/109469405746262

Adakah anda sudah faham maksud saya? Maaf, jangan beri alasan seperti, “saya sebenarnya tidak tahu sangat system dalam fb ni, masih baru lagi dan baru sahaja 'join', sebab itu saya yakin saya betul”. Ada seorang sedara berkata kepada saya :

“ia mungkin salah satu cara utk mereka mengetahui sebarang maklumat tentang I5Ra3L tak kiralah penyokong atau pembangkang sekalipun. Teknologi mereka lebih maju dan mereka yg kuasai internet,dan boleh jadi, setiap gerak langkah kita, mereka juga ketahui”

Ingatlah, perkataan itu masih berbaur fitnah, dan perlu diberikan bukti yang kukuh. Kerana apa? Kerana kita sendiri belum pasti pihak Israel sengaja menggunakan medium ini untuk memperoleh maklumat dari masyarakat 1 dunia. Sebenarnya mereka sendiri sudah di kecam oleh masyarakat di dunia ini! Dan tidak salah kalau anda sendiri mahu bertindak berhati-hati. Itu jalan terbaik.. Cuma jangan sampaikan berita yang kita sendiri tidak pasti kesahehannya. Itu FITNAH. Seorang muslim, juga seorang pendakwah perlu berhati-hati dalam setiap apa yang disampaikannya, kerana pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)

Ingatlah akan pesan Nabi dan juga larangan daripada Allah SWT. Kesan budaya forward ini sangatlah buruk kepada individu mahupun masyarakat. Saya menyeru kepada anda semua agar kita hentikan segera budaya menyebarkan cerita dengan sesuka hati tanpa usul periksa.

0 comments:

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009