Friday, July 2, 2010

Pelingkup Islam Atau Penyokong Islam? Anda Tentukan..


“Pergghh, meluat aku tengok ustaz tu, bukannya bagus sangat”, kata A

“Tahu xpe, aku pun meluat.. entah apa ajaran yang dia bawa tu, ekstrem sungguh!”, sampuk B

“Sudahlah, aku nak boikot ustaz tu.. jom ikut aku halang budak-budak lain daripada ikut ceramah ustaz tu”, sambung A

Dialog yang tidak asing dalam masyarakat islam pada hari ini bukan? Amat malang dan rugi bagi diri kita yang tiada sumbangan tetapi menjadi golongan yang mengkritik perkara kebaikan. Hanya tahu complain sahaja, tetapi apa yang telah kita sudah sumbangkan? Inilah golongan yang ramai dalam masyarakat kita pada hari ini. Islam ini sepatutnya berjaya lebih awal, tetapi terlambat. Kerana apa? Kerana golongan tadi lah yang bukan membantu untuk islam ke hadapan, tetapi hanya kutip paku karat lalu tabur di jalanan. Mereka mahu islam slow. Aktivis-aktivis islam sibuk memikir dan bekerja untuk menyebar islam, tetapi kita sibuk memikir untuk pelingkup mereka. Kalau orang arab dengan cara mereka, sibuk bertelagah untuk dapatkan minyak. Di Palestin, isu yang tidak sudah-sudah. Jadi, cukuplah dan carilah titik-titik penyelesaian daripada berlakunya perbalahan.

Kadang-kadang, kita duduk dalam 1 jemaah dan kita kutuk jemaah lain. Apa faedahnya yang kita dapat? Semua jemaah buat kerja islam dan beri sumbangan kepada agama. Misalnya, jemaah tabligh. Berapa ramai penagih dadah masuk tabligh? Masyarakat hari ini pandang serong kepada penagih malah menganggap seperti sampah. Bahkan juga ada ibu bapa yang sanggup membuang anak mereka. Tetapi jemaah tabligh ambil mereka, bawa meraka. Dan Alhamdulillah, mereka berubah! Itu jasa tabligh dan aspek-aspek kelemahan memang ada, tetapi semua orang juga ada kelemahan. Berfikirlah secara positif. Apa pula salah jemaah ABIM? Berapa banyak ABIM buat sekolah? Taski ada berapa banyak? Adakah kerja yang mereka lakukan itu tidak betul? Untuk pengetahuan semua, mereka mempunyai silibus yang teratur. Mereka tackle orang-orang yang educated seperti professor dan doktor. Suatu masa dahulu, jemaah ARKAM. Jemaah itu mempunyai rangkaian mini market yg luas dan besar. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan sehingga di international. Telah diakui bahawa mereka adalah antara penyumbang terbesar sehingga 30% dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan kita pula hanya tahu complain sahaja.

PAS juga ada sumbangannya dalam bidang politik dan sahsiah diri. Matlamat mereka cuma satu, supaya orang ramai kenal tentang islam. Cume berbeza cara pendekatan bagi setiap jemaah. Contoh lain, Abu Bakar As-Siddiq dengan pendekatan yang lemah lembut. Saidina Umar Al-Khatab dengan cara agresifnya, manakala Uthman ibnu A’ffan dengan jiwa lembutnya dan rendah diri. Tetapi ada nabi kata mereka salah? Tidak bukan? Itu menunjukkan kayanya uslub dakwah dalam islam. Yang salah siapa? Yang salah adalah mereka yang hanya tahu mengkritik tetapi tiada sumbangan untuk islam.

Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran : 104)


Ramai orang tidak tahu memberi sumbangan untuk islam itu bagaimana caranya. Ramai orang berfikir bahawa sumbagan itu perlu diiktiraf dan mesti dipublish secara rasmi, kalau tiada, itu bukan sumbangan. Itu salah! Mari kita lihat kisah Nabi Ibrahim AS ketika hendak dibakar, Burung-burung cuba untuk memadamkan api tetapi tidak berhasil usahanya yang kecil. Walaubagaimanapun, itu juga sumbangan. Kejayaan bukan diukur di dunia, tetapi diakhirat. Kita lihat lagi.. golongan anti hadis ada websitenya, golongan orientalis barat dan golongan kristian juga ada. Tapi kita? Tiada.. namun alhamdulillah kerana ada lagi orang-orang yang berfikrah untuk agama seperti Dato’ Haron Din, ustaz Zaharuddin, ustaz Shamsuri, ustaz Khazim Elias dan juga badan-badan NGO. Mereka telah memasukkan unsur-unsur rohani. Maka kitalah yang kena menyokong perjuangan mereka, kerana itu juga sumbangan untuk agama.

Akhir kalam, bukan semua orang akan setuju dengan penulisan saya,tetapi saya mahu berkata perkara yang benar. Mari kita bergabung tenaga untuk mengembalikan kekuatan syiar islam yang hebat seperti dahulu. Masih mahu bersama saya? Aiwa!

0 comments:

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009