Sunday, July 11, 2010

Paul Si Sotong, Mani Si Nuri.. Anda vs Khurafat!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam ukhwah.. salam damai.. salam taaruf.. salam penghuni alam maya,

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan nikmat islam,

Haaa, masih lagi bersama saya? Aiwa! Masyaallah.. Jazakallah, barakallah. Sahabat seakidah, musim bola sepak hampir ke penghujungnya, dan peminatnya kian berkobar-kobar dan saling cuba meramal pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Dunia 2010. Bila bercakap tentang meramal, pasti semua akan terlintas dalam kepala ‘Paul’ dan ‘Mani’. Siapa pemilik nama itu? Adakah bintang bola sepak baru seperti Mesut Ozil? Atau mungkin reffere terbaik? Suatu persoalan, tetapi sudah ada jawapan pada anda semua. Eh, anda tersenyum? Mari kita taaruf mereka..

Di Berlin, Jerman muncul seekor sotong bernama “Paul, the psychic Octopus” peramal pasukan German. “Paul” dilahirkan pada tahun 2006 di Weymouth dan sekarang bermastautin di Germany’s Oberhausen’s Sealife Aquarium. Baru-baru ini, German nampaknya terpaksa akur dengan ramalan sotong ‘Paul’ apabila mereka tewas di tangan Sepanyol 1 – 0. Manakala Sepanyol telah mengatur permainan yang begitu rapi sehingga membuktikan bahawa ramalan “Paul” adalah tepat dan benar. Kesannya, mereka yang berjudi dan memilih German sebagai pemenang telah mengalami kerugian jutaan ringgit malah berbillion ringgit kerana tidak percaya dengan ramalan “Paul”.

Satu lagi ramalan yang dibuat ialah penentuan Sepanyol dan Belanda. Sotong yang terkenal di dunia ini dilihat duduk di tangki yang ditandai dengan bendera Sepanyol hanya beberapa minit sebelum menyambar kerang dan memakannya, dan tidak ambil kisah tangki Belanda . Ini menunjukkan kemenangan Sepanyol dalam perlawanan final Piala Dunia. Malah Paul juga meramalkan bahawa German menang keaatas Uruguay.. Manakala seekor burung kakak tua di Singapura yang bernama Mani pula meramalkan Belanda akan memenangi final Piala Dunia dan memilih Jerman tempat ketiga. Eh, kenapa pula ada percanggahan? Anda tersenyum lagi?


Persoalan kedua : Menolak vs Percaya?

Tahukah anda, itu merupakan perbuatan khurafat. Ia bermaksud kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut. Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar. (Surah al-Nisa’, ayat 48)


Ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus, tumbuhan dan binatang untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah. Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Jadi mengapa memilih Paul dan Mani? Mengapa mahu percaya tilikan ‘beliau’? Mengapa marah kepada binatang itu? Siapa yang bijak sekarang? Anda bijak.. anda tentukan..! Innallahama’ana. Insyaallah.. masih terus bersama saya? Give up (tersenyum)??

2 comments:

pemudakampung said...

perkongsian yang baik..teruskan..

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

syukran syabab kampung, terus ziarah. barakallah.

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009