Monday, August 2, 2010

Abstrak kehidupanku..



Aku mengukir bingkisan hati ini saat tersedar dari lamunan yang sangat melenakan. Lama sudah. Baru kini aku tersedar. Harap belum terlambat. Harap masih tersisa peluang untuk mengejar matlamat sebenarku... Ooooh jangan! Janganlah lagi aku tertidur. Bimbang mataku celik untuk sekian kalinya adalah ketika saat HARI PERHITUNGAN. Saat ketika aku disoal.. mampukah aku menjawabnya.

Dalam keperitan ada kesenangan. Dalam kesakitan ada nikmatnya. Hmm.. segalanya nampak mudah. Segala-galanya sempurna. Tetapi di dalamnya hanya Allah yang tahu. Bukan semua yang kita ingini berjaya dimiliki. Bukan semua yang mampu dicapai menjadi milik kita. Kadang-kadang jiwa memberontak ini terfikir, adakah segala pinjaman ini sekadar hiasan? Aku redha. Aku selitkan rasa bersyukur atas segala yang Kau berikan. Impian dan cita-cita adalah rekaan aku. Namun realitinya, itu bukan kerja aku. Berusaha dan berusaha. Menjadi permainan di dunia. Itulah kehidupan.

Hidup aku dilihat mudah oleh kaca mata luar. Tetapi bukan seindah hamparan impian yang aku lakar diatas warkah kehidupan. Imaginasi, coretan berubah! Kerana tertumpahnya dakwat suka duka ibu bapaku. Aku redha walau terpaksa berperang dengan pelbagai emosi. Aku menunggu dari sehari ke sehari. Menunggu ganjaran nikmatMu. Atau mungkin aku terima yang sebaliknya?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka” (Ar-Ra’du:11)


Aku mahu perubahan yang baik, jadi akulah yang kena mulakan.

Astaghfirullahhala’zim, aku sedang mengeluh? Aku mohon keampunanMu ya Allah. Imanku terlalu nipis dan akal yang mengawal emosi terbatas. Ibu berkata, perkara yang paling membahagiakan hidupnya adalah ketika kelahiran aku, aku harapannya. Luluh hati mendengar. Aku baru sedar kesilapan dan keegoanku. Ya Allah, terasa murah sangat air mata ini. Anak yang taat bukan hanya tahu menjaga maruah agama di luar, tidak berpeleseran, dan menjaga aurat, tetapi tahu mengaplikasikan beberapa komponen penting untuk menjadi anak soleh. Berjayanya seorang anak bukan kerana kekayaannya, tetapi hubungan baiknya dengan ibubapa. Ini bukan hanya hipotesis, malah telah menjadi teori bahawa reda Allah letaknya pada reda ibubapa.

Nasihatku buat sahabat-sahabat, ibu bapa kita mungkin bukan siapa-siapa. Tetapi tanpa mereka siapalah kita. Siapa kisah? Mungkin kita tidak akan jadi siapa-siapa disisi Allah. Katakanlah jika kita jatuh ke perigi, seorang ibu / emak / ummi / mama pasti tidak berfikir banyak untuk selamatkan kita. Mereka sanggup terjun! Andai ibu pula yang terjatuh ke perigi.. adakah kita sanggup untuk terjun selamatkannya? Atau berfikir banyak? Oh, mana bomba? Mana orang kampong? Mana mereka? Fikirkan lagi..


Meskipun kita sibuk dengan hempapan assignment yang bertubi-tubi di Universiti, adakah sehingga tiada masa untuk bertanya khabar tentang ibu kita? Adakah dia sihat? Adakah sakit? Sudah makankah dia? Apa yang dia sedang buat sekarang? Mungkin mereka tidak pinta, namun perkara remeh inilah yang membuat mereka berasa sangat dihargai. Tahukah kamu, kerinduan mereka terhadapmu, ada ketikanya boleh menjadi kederhakaan kamu pada mereka? Ada restu mereka, maka mudahlah urusanmu di dunia. Teruskan bersama saya. Wallahua’lam.

3 comments:

shikin DOA 3 said...

assalamualaikum,,terharu saya membacanya,,bila brada d rumah,,sya xrapat dgn mak,,skali pndang,pasti org bkata sya ni bkn ank mak,,,bila berjauhan bgini,,terasa rindu yg teramat dgn mak,,lbh2 lg bila Ramadhan kian menjelma,,terasa sayu d hati ini,,,

Anonymous said...

Assalamualikum..
moga enta terus tabah menghadapi dugaan hidup..
Lumrah kehidupan, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah..
Dan kita, moga terus tabah dan redha dengan ujian yang diberikan-NYA...

~wardah fi sabilillah~

Admin said...

syukran jazilan.

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009