Monday, August 16, 2010

Marhaban Ya Ramadhan, bersama IKRAM


Assalamualaikum Wbt.

Salam syahrul kareem

Syahrul barakah hua syahrur-ramadhan.

Masyaallah, kita masih lagi diberi kesempatan menjadi tetamu Allah yang istimewa pada bulan ini. Bersyukurkah kita? Mari terus mengemis Cinta Rabbul I’zzati, cinta yang mahal, cinta yang tidak akan berpaling daripada khalawatuddunya (kemanisan dunia). Masih terus bersama saya.. insyaallah~

Subhanallah, andai pahala yang bertaburan di muka bumi ini boleh diambil menggunakan tangan, maka kutiplah. Andai perlu dengan hati, hadirkanlah. Andai dengan telinga pahala boleh diperolehi, maka berikanlah. Lipat gandakan amalan kita pada tahun ini, agar kita tidak lagi merasa rugi seperti mana bulan-bulan ramadhan yang lepas. Sahabat, bertakwalah kepada Allah untuk menjadi kekasihNya. Kita tidak akan menyesal, apatah lagi merasa rugi.

Tersenyumlah.. eh, jangan tersengeh ^_____^


Perkongsian kali ini, saya mahu bercerita sedikit tentang perjalanan silaturrahim dengan IKRAM Kuala Langat pada 27 Syaaban 1431 Hijrah yang lepas. Perjalanan indah, perjalanan mencari keharuman ukhwafillah. mari bersiap!

8.15 pagi

Bertolak dari Sime Darby Plantation Academy dengan doa, tawakal dan Yamaha LC, BKR 2568. Hehehe.. Perjalanan yang lancar. Alhamdulillah Ya Ar-Rahman.

8.45 pagi

Selamat tiba di Masjid Ar-Rahman, Sungai Manggis. Sementara menunggu YDP IKRAM Kuala Langat, Ustaz Asmadi b Mustakim, sempat beriktikaf di situ. Ketika itu bersebelahan dengan saya terdapat seorang lelaki yang mencintaiMu, sedang bermunajat. Terus mengambil wuduk. Selesai solat Dhuha, tiba-tiba telinga saya menangkap satu suara beberapa anak kecil di dalam masjid. Oh Allah, subhanallah.. dalam membuat persediaan bulan Ramadhan, mereka masing-masing menghafal niat puasa, tertib dan sebagainya. Dan gurunya ternyata walid (ibu bapa) mereka sendiri. (Saya tersenyum) itulah baitul muslim. Mereka benar-benar mahukan Ramadhan. Tetapi bagaimana pula dengan kita? gegar hati, tanya iman.

“ayah, kenapa kita perlu berpuasa/sahur?”


“ayah, kalau tidak puasa boleh tidak beraya ke?”


"ya Allah, balighna Ramadhan",
saya berdoa.

9.05 pagi

Ustaz Asmadi tiba dengan zaujahnya dan senyuman yang membahagiakan. Mereka tiba di perkarangan masjid dengan menaiki kereta Unser berwarna merah hati. Sempat memberi salam. Tanpa membuang masa terus mengikutnya daripada belakang untuk pergi ke Pejabat IKRAM Kuala Langat.

9.15 pagi

Setibanya disana, sebahagian jemaah usrah sudah menunggu. Ternyata kunci pejabat dipegang oleh Ustaz. Masyaallah, mereka daripada kalangan yang hebat-hebat. Hanya dengan melihat wajah sudah tahu, mereka merupakan daripada kalangan hamba yang penuh tarbiyah. Terasa kerdil diri ini, tetapi semangat untuk berusrah dan ingin menabur baja taaruf terus membuak-buak. Bak kata Akhi Hafiy, "Taaruf itu sangat penting. Taaruf menjadi rukun pertama dalam pembentukkan sebuah usrah/halaqah. Kemudian baru diikuti dengan tafahum dan takaful....". Terus mencari cinta..

Majlis dipengerusikan oleh Akhi Fakhri dan dimulakan dengan Al-Fatihah. Bismillaahirrahmaanirrahim (ilal akhir ayyah). Kemudian disambung oleh Penceramah, Ustaz Mohd Norhisam b Ahmad. Beliau merupakan seorang Imam 1 di salah sebuah masjid di sekitar Klang dan seorang ustaz yang mengajar di SAMT. Program yang dibawa pada hari itu ialah, ‘Rindu Ramadhan’. berbunga hati ini mendengar maudhu'nya. ^____^ itu baru maudhu', belun lagi isinya.


Pengisian yang cukup mantop benar-benar membuat saya sukar untuk melihat ustaznya, sekadar menjeling. Bukan kerana sombong, tetapi sibuk menulis setiap kalam ilmu yang disampaikan. Dan disekalikan dengan nas al-Quran serta hadis-hadis yang saheh. Perkara yang menjadi isi penting dalam ceramahnya ialah ‘30 pintu jalan ke syurga di dalam bulan Ramadhan’. Penyampaian yang santai tetapi terkesan.

11.00 pagi

Ceramah tamat dan program seterusnya? Pastilah jamuan. Dalam kesempatan itu, kami masing-masing bertaaruf sehinggakan hanya seketul karipap sahaja yang saya sempat makan. tetapi itu bukanlah masalah, kerana perut sudah kenyang. Kenyang dengan makanan hati. Alhamdulillah, 1 perjalanan yang hebat.


Saya teringat ungkapan daripada YDP, katanya.. “ aktiviti ramadhan saya adalah travel ke setiap masjid. Mahu merasakan aroma masjid bagi mendapatkan keberkatan pahala”. Hmmm.. menarik!


11.30 pagi

Majlis bersurai.

Begitulah perjalanannya. Mencintai sesama saudara dalam menggapai kasihMu ya rabbi. Saya coret perjalanan ini seminggu sebelum ramadhan tiba. Sekadar perkongsian.

Bukan sekadar pahala.

Tetapi peningkatan diri sebagai hamba kepadaNya.

0 comments:

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009