Friday, September 3, 2010

Duhai 'Secebis' Tudung




Salam 24 Ramadhan 1431H

Apa khabar iman antum? Sudah meningkat atau masih ‘biasa-biasa’ lagi? Ayuh tingkatkan lagi amalan. Peluang kita memburu pahala berganda pada bulan mulia ini masih belum terlambat.

Perkongsian kali ini saya mahu bawa antum berfikir. Terutamanya sekiranya antum bergelar muslimah. Mahu menjadi muslimah sejati? Jadikan Al-Quran sebagai panduan. Al-Hadis sebagai pegangan.

Dialog dibawah antara 2 orang muslimah, antara Aisyah (berhijab) dan Zahra (free hair) :

- [Zahra] Saya sudah letih.
- [Aisyah] Letih sebab apa?
- [Zahra] Dengan semua orang yang bercakap tentang saya. Macam perempuan itu, setiap kali dengannya pasti akan menyuruh saya memakai tudung.
- [Aisyah] Oh.. itu kan perkara biasa. Tudung selalu menjadi topik utama.
- [Zahra] Memanglah. Saya pun selalu mendengar tentang tu.
- [Aisyah] Lagipun, kan elok kalau awak pakai tudung.
- [Zahra] Siapa kata?
- [Aisyah] Ia ada disebut dalam Al-Quran.
- [Zahra] Ya.. dia juga ada berkata begitu.
- [Aisyah] Sudah disebut dalam surah An-nur dan juga dalam surah-surah yang lain.
- [Zahra] Ya, tapi itu bukanlah dosa besar. Membantu orang. Itu lebih penting.
- [Aisyah] Betul, tetapi setiap dosa besar bermula dengan dosa kecil.
- [Zahra] Memanglah. Tetapi apa yang kita pakai itu tidak penting. Yang penting adalah memiliki hati yang ikhlas dan suci.
- [Aisyah] Kalau begitu, kenapa awak menghabiskan masa berjam-jam setiap pagi untuk bersolek? Awak menghabiskan banyak wang untuk alat solek. Itu tidak termasuk belanja terapi rambut dan diet awak.
- [Zahra] Tetapi saya tidak suka pakai tudung. Ia merampas kebebasan saya.
- [Aisyah] Habis tu, losyen dan alat solek buat awak bebas ke? Beritahu saya, apa makna kebebasan bagi awak.
- [Zahra] Kebebasan adalah melakukan apa sahaja yang kita suka.
- [Aisyah] Salah. Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan kata-kata daripada orang lain.
- [Zahra] Awak dengar sini. Saya lihat ramai orang yang tidak memakai tudung dan mereka itu baik. Manakala ramai yang pakai tudung tetapi jahat.
- [Aisyah] Maksudnya, kalau yang baik dengan awak itu kaki botol, adakah itu bermakna awak akan jadi kaki botol juga?
- [Zahra] Saya tidak mahu menjadi fanatik. Saya sudah ok dan tidak perlu pakai benda (tudung) ini.
- [Aisyah] Maknanya awak fanatik pada sekular dan ekstremis mengingkari tuhan?
- [Zahra] Awak tidak faham! Kalau saya pakai tudung, siapa yang mahu mengahwini saya?
- [Aisyah] Habis tu, orang yang pakai tudung tidak pernah kahwinlah?
- [Zahra] Ok, jika saya kahwin. Dan suami saya tidak suka saya memakai tudung?
- [Aisyah] Lelaki yang tidak patuh perintah agama tidak patut dikahwini.
- [Zahra] Hmm.. habis tu, siapa yang nak mengambil saya bekerja?
- [Aisyah] Tentulah syarikat yang hormat pada pekerja mereka seadanya.
- [Zahra] Tetapi tidak selepas 11 September!
- [Aisyah] Tentulah selepas 11 September ramai wanita islam yang bekerja di hospital dan dunia korporat dengan memakai tudung.
- [Zahra] Kenapa awak mahu berkira sangat hal agama yang hanya melibatkan secebis pakaian ini?
- [Aisyah] Kenapa awak perleceh wanita hanya kerana kasut tinggi dan warna lipstick mereka?
- [Zahra] Kamu tidak menjawab persoalan saya.
- [Aisyah] Saya sudah jawab. Tudung bukan setakat sehelai pakaian. Ia adalah perintah. Ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi oleh setiap wanita. Tetapi baju pendek dan seluar ketat awak…….
- [Zahra] (memotong) Itu fesyenlah! Kenyataannya, tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mengawal wanita.
- [Aisyah] Bagaimana dengan wanita yang melawan suami mereka kerana ingin memakai tudung? Bagaimana pula dengan wanita serta rakan mereka yang dipaksa menanggalkan tudung oleh lelaki? Apa yang awak mahu kata tentang itu?
- [Zahra] (diam)
- [Aisyah] Orang yang suruh awak pakai tudung itu bukan wanita kan?
- [Zahra] Betul.. tetapi….
- [Aisyah] (memotong) Tetapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki buat awak bebas ke?
- [Zahra] (diam)
- [Aisyah] Betulkah tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi? Sudahlah..
- [Zahra] Sekejap! Saya belum habis cakap.
- [Aisyah] Awak mahu cakap apa lagi? Awak mahu kata lelaki kawal wanita dengan menggunakan tudung?
- [Zahra] Ya..
- [Aisyah] Secara spesifik bagaimana?
- [Zahra] Mereka (lelaki) akan mengarah kita macam mana dan apa yang perlu dipakai.
- [Aisyah] Eh, tidakkah televisyen,filem dan majalah yang mengarah awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana mahu menjadi cantik. Bukankah itu mengawal namanya? Mereka mempengaruhi awak untuk pakai apa yang mereka mahu. Mereka bukan sekadar menguasai awak, tetapi juga pada pasaran.
- [Zahra] Apa maksud awak?
- [Aisyah] Maksud saya, mereka mencipta majalah itu supaya dapat lihat awak kurus kering dan anorexia seperti wanita di dalam majalah itu.
- [Zahra] Saya tidak faham. Apa pula kaitan tudung dan produk?
- [Aisyah] Ianya ada kena-mengena. Kamu tidak perasan ke? Hijab adalah ancaman kepada konsumerisme. Wanita berhabis berbillion ringgit untuk kelihatan kurus kering dan hidup dalam standard fesyen yang direka oleh manusia. Lalu islam muncul untuk beritahu bahawa luaran itu tidak penting. Sebaliknya utamakan dalaman dalam diri kita. Jangan pedulikan tentang apa yang manusia kata mengenai penampilan diri kita.
- [Zahra] Sudahlah! Saya tidak mahu pakai tudung. Ianya tidak sesuai langsung dalam kehidupan hari ini..


Oh Allah.. sesungguhnya Hidayah itu milik Engkau..

Kaulah yang menggerakkan hati seseorang.

Kami hanya hanya berusaha dan terus berusaha.

Bukakan pintu taubat kepada mereka..

Sesungguhnya mereka daripada kalangan yang jauh dari hidayahMu..

Ameen..


Tiga Kategori Wanita

• Pertama
Menutup aurat dengan sempurna.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

• Kedua
Menutup aurat tetapi tidak sempurna
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

• Ketiga
Langsung tidak menutup aurat.


Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal. Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik. Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT. Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (Al-Ahzab: 33)


Hari ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya. Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Terus bersama saya. Insyaallah. Wallahua’lam.

7 comments:

Anonymous said...

fesyen bertudung n busana muslimah zaman moden pun da tak mengikut syariat Islam.....

AtiQah edsassin said...

salam..
pe pndgn awk pasal pemakaian selendang skang?

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

wsalam wbt.

selendang? hmm.. 'key' nye mudah. Perintah menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini berdasarkan dalil:

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.(Surah al-Nur: Ayat 31).


untuk pemakaian selendang. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk dada, tidak jarang dan menutup tempat yang sepatutnya, maka pemakaian tersebut adalah dibenarkan. mudah bukan untuk faham ya atiqah?

selagi fesyen tidak melanggar syariah, selagi itu dibenarkan.

AtiQah edsassin said...

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah,masyeh ats huraian tuw hakim tuw..
snanye,org ade bce stu jurnal title de'1001 soal jwb wanita dan agama' written by syeikh Dr shalih b.fauzan ngn Syeikh Abdullah b.humaid.
dlm buku tuw ckp pemakaian selendang dikenali kartah adlah tidak dibolehkan..
bedasarkan sabda Nabi S.a.w yg bemaksud:ade 2 golongan manusia yg temasuk ahli neraka.saya blom melihatnya sebelomnya;para wanita yang mengenakan pakaian ttp telanjang,sesat dan menyesatkan,di ats kepala mrka ada spt punak unta yg miring.mrk tidak akn masuk syurga dan tidak pula mencium baunya dan org llki yg memegang cambuk spt ekor sapi,dgunakan utk mencambuk hamba Allah'.
then,dlm buku neyh tulis..dri stu sisi lain kartah menyerupai pakaian wanita2 perancis sedangkan Rasulullah s.a.w tlah besabda yg bemaksud; 'barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia bahagian dripda mrka'

Saikhul Islam Abul Abbas Ibnu Taimiyah bekata;'menyerupai kaum kafir hukumnya haram menurut ijma' ulama..

hmm,neyh sebe skit yg org copy dri jurnal neyh..
so,ape pendapat hakim??

*buku neyh translate dlm bhs indonesia kowt..coz pnulis de snanye salah sorg anggota badan Ulama' besar(Hai'ah Kiba Al-Ulama)anggota Al-lajnah Ad-Da'imah li Al-Buhuts Al-lamiyyah wa Al-Ifta(Lembaga Tetap Pengkajian Ilmiah dan penggubalan Fatwa)Saudi arabia

sarah said...

boleh x sy mohon share nk msuk kat fb...
nk tulis note...???

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

Atiqah - ye benar. tidak kiralah kita bermazhab apa sekalipun. jangan jumudkan diri atau terlalu taksub dengan sesuatu pandangan sehingga sanggup menolak mazhab lain. teruskan mencari ilmu ye?

sarah - silakan. itulah yang terbaik!

diDie~inn0cence~ said...

assalamualaikum.

mohon share ;)

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009