Wednesday, September 1, 2010

Antara Khinzir dan Kekasih



Assalamualaikum, salam 22 ramadhan.


Soalan pertama..



Anda ada girlfriend/boyfriend?



Oh ada, hmmm..



Pernah pegang tangannya?



Baik, sekarang click pada gambar diatas untuk imej yang lebih besar.



Ya, sekarang!




Khinzir:
Apabila sentuh Kita hanya perlu samak sahaja
tengok tidak HARAM
sentuh tidak BERDOSA
tidak perlu minta AMPUN DOSA...
makan sahaja HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA.

Kekasih:
Aurat tidak dijaga tengok HARAM
Pegang HARAM
apabila dah pegang, tidak boleh samak SEPERTI KHINZIR kena minta AMPUN DOSA.

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." (Riwayat Ibnu Majah)


Etika pergaulan dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam:-


1.Menundukkan pandangan

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelakidengan wanita

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak melunakkan ucapan(percakapan)

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)

Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

3 comments:

zAr said...

hm.. harap pengepost post ni lagi faham dari pembaca..
hakikat sebenar hatilah yang pertama2 perlu dijaga, maka terpeliharalah segala anggota
~pengintai sejarah~

Admin said...

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).

insyaallah, amalan tegur menegur diteruskan.

ummu mujahid said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009