Friday, October 1, 2010

Uslub Dakwah, Anda 'Pancung'!


Assalamualaikum wbt.



Errr.. saya mahu berkongsi pandangan.. bersama saya? Jom..



Orang hari ini melihat dakwah bermacam-macam. Ada yang terima, ada juga yang 'condemn'. Dan orang agama ini kadang-kadang pening kepala dengan orang luar disana. Mereka terlalu memilih dalam penyampaian dakwah. Ada yang berminat kepada humor. Pembawaan secara keras mahupun lembut. Malah kadang-kadang kepada yang lebih kontemporari seperti muzik. Adakah bermaksud mereka itu salah?


Persoalannya, sikap itu juga sekarang sedang melanda kepada orang agama! Kita yang faham agama juga sering meng‘condemn’ mereka yang suka memilih. Benar bukan? Anda tidak setuju. Tidak mengapa. Saya mahu beritahu.

Mereka yang terlalu memilih dalam penyampaian dakwah sebenarnya tidak boleh dipersalahkan. Dan daripada kalangan mereka ini ada ‘level’ yang berbeza-beza. Daripada golongan muda sehingga golongan tua. Anda muda? Tentu berminat, tertarik kepada cara yang santai dan menghiburkan. Golongan tua pula lebih kepada yang ‘flat’. Citarasa manusia berbeza. Bagaimana mungkin anda disuruh menerima budu walhal anda mahu sambal belacan? Sekadar contoh.

Golongan agama.. saya mahu bawa anda kepada persoalan lagi. Kenapa kita tidak mencari jalan mengapa mereka tidak mahu ikut kita. Dan apa penyelesaian kepada permasalahan itu.

Sebenarnya, diluar sana terdapat ramai golongan yang jahil agama. Tetapi mereka malu untuk bertanya. Mereka mahukan kita. Tetapi kita GAGAL memberi penyampaian yang terbaik. Saya sering ditanya oleh mereka yang kurang ilmu agama. Mereka ini solatnya tidak sempurna, sering diabaikan. Apatah lagi mahu baca Al-Quran, mengeja pun tidak tahu. Mereka bertanya pula soalan-soalan tadika. Ini benar. Bukan rekaan.

Ada kalangan orang yang faham agama, tetapi dia memancung orang yang berlakon untuk tujuan dakwah. Mereka terus menolak. Ramai da’i ditolak mentah-mentah cara pembawaannya. Fikirkan lagi.. kita menolak, menghentam televisyen. Mengatakan ia fitnah dunia. Tetapi adakah pada semua programnya? Bagaimana kita mahu bawa rancangan kerohanian. Walhal hari ini, ramai dari kalangan muda suka menonton wayang. Mengapa menolak inisiatif baru?


Kita mahu lahirkan ALTERNATIF. Tetapi hentaman yang datang. Mahu bergerak dengan islam pun susah. Cuba tanya pada hati kita. Hati yang paaaaaaaaliiing dalam. Adakah kita telah berusaha untuk mengajak orang ramai mengenal islam? (saya ada ulaskan perkara ini dalam post : Pelingkup Islam atau Penyokong Islam. Anda Tentukan).

Jangan dipersoal apa yang aku lakukan kerana aku punya uslub tersendiri untuk mencapai apa yang aku inginkan. Aku lihat cermin dan aku nampak diri aku, bukan orang lain..


Mungkin ada yang tidak setuju pandangan, huraian saya. Tetapi saya mahu sampaikan juga. Allah itu yang utama. Biarlah apa cara sekalipun dakwah itu dilakukan, asalkan tidak melanggar syariah islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bergeraklah wahai da’i. Innallahama’ana.


Renungkan kembali diri kita wahai da’i..


Adakah solat, ibadah, akhlak, puasa, tazkirah dan segala yang kita buat itu hanya nama ALLAH yang terDETIK? Ikhlas atau terkenal semata-mata? Janganlah hanya terkenal di dunia. Tetapi dilangit, malaikat sendiri tidak dapat cam.

Mari kita istighfar. Semoga dengan istighfar, ia dapat menyucikan hati kita. Hati yang selama ini kotor, berlakon, kepura-puraan, dan kemunafikan yang mengharap sanjungan manusia semata-mata. Agar Allah redha. Redha dengan amalan. Redha dengan usaha kita.

“Sampaikanlah daripadaku (Rasulullah) walau sepotong ayat..”


Wallahua'lam. Wassalam.

4 comments:

Nur Madihah Hassan Borhan said...

ahsanta!!!pandangan yang menarik

Muhammad Hakim Bin Nasnan said...

syukran, sekadar pandangan. terfikir. sila jenguk komen/ulasan dari sahabat2 facebook ttg view saya ni. http://www.facebook.com/photo.php?pid=414248&id=100000529342847&ref=notif&notif_t=like

sifu said...

Pandangan yang amat menarik...dan turut saya persetujui 100 PERATUS..Kewajiban kita menyampaikan Islam dengan cara yang paling mudah...jadi ikutlah mengikut kesesuaiannya asalkan ia masih dalam syariatnya...

Dr.Lemaaya said...

Pandangan yang sangat baik.Semoga Tuhan memberikan keluasan faham tentang agama dan hidup beragama.Pandangan saya moga saudara akan sentiasa melihat Islam pada satu rupa yang sempurna ( keseluruhannya ).

Yang saya harapkan biar seribu jamaah Islam keluar dengan pelbagai nama.Moga keluar satu jamaah yang tulus Ikhlas Berseru KEMBALILAH KEPADA ISLAM.

Post a Comment

 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009