Thursday, July 22, 2010

Nikmatnya, Oh Islam!



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih mengurniakan nikmat terbesar… nikmat islam. Nikmat yang sukar untuk dilihat, tetapi dekat di hati. Nikmat yang hanya diperolehi oleh sesetengah orang tetapi jarang dimanfaati. Anda fikir, amal dan terus istiqamah. Eh, anda tertanya-tanya bagaimana? Sahabat, Islam mempunyai kitab panduan, Al-Quran.. bukan untuk dipamer, diperaga sahaja.. tetapi dibaca, difahami dan ambil ikhtibar.

“Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya”, Saidina Ali RA.


Akhlak Rasulullah SAW itu seperti Al-Quran, tutur katanya juga seperti Al-Quran. Dan kehidupan baginda keseluruhannya adalah Al-Quran. Menurut Huzaifah, Rasulullah SAW ketika menjadi imam akan membaca surah Al-Baqarah, kemudian surah An-Nisa’ dan disambung surah Ali-Imran. Begitulah solat Rasulullah SAW. Dan malangnya sekarang, ada juga orang mengaku bahawa dia itu nabi (geleng kepala). Tetapi cuba tanya, adakah solat dia itu seperti nabi? Hahaha.. Anda fikirkan..

Eh, anda kenal ke siapa itu Huzaifah Al-Yamani? Beliau digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripadanya. Itulah antara tanda bahawa kita cinta nabi, seterusnya menjadi saksi tanda kita bersyukur dengan nikmat islam!


“Dia hidup berinteraksi ,mentadabburi berulang-ulang dan mengamalkan dengan Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai asas dalam kehidupan”


Siapakah orang itu?


Andalah orangnya…



Tetapi, hanya selepas kembali kepada Allah. Kembali kepada Allah bermaksud menyelesaikan segala masalah, tugasan kepada perlembagaan Al-Quran. Sahabat,Quran telah member kita jalan yang sangat mudah, tetapi malang kerana ada lagi manusia menganggap hukum Quran tidak lagi sesuai. Dan hanya relevan ketika ‘musabaqah’ dan ketika kematian sahaja. Masa itu, masing-masing sibuk mencari yasin..

Cinta kepada manusia senang dicari, dan kadang ada orang dalam 1 masa mampu berpasang-pasang. betulkah? Hahaha.. tetapi cinta kepada ALLAH hanya 1, dan susah bagi yang menyusahkan untuk mencari. Fahamkan? Bagaimana untuk mencari cinta Allah?



“Jangan cinta dunia…”



Boleh ambil dunia, tetapi jangan letak dunia di dalam hati. Adakah semudah kata-kata? MUDAH? MUDAH? Saya bagi contoh.. seorang budak yang baru dilahirkan, maka ramai orang yang gembira, bergelak ketawa keseronokan, membuat kenduri besar-besaran. Tetapi sekiranya budak itu meninggal dunia, masing-masing menangis! Adakah ada cinta kepada dunia? Walau sekelumit? Anda fikirkan lagi..

Masyaallah.. kita sama-sama nilai diri kita. Masih mahu terus bersama saya? hayati lirik ini (Snada – Demi Matahari) Wassalam.


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
Read more

Sunday, July 11, 2010

Paul Si Sotong, Mani Si Nuri.. Anda vs Khurafat!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam ukhwah.. salam damai.. salam taaruf.. salam penghuni alam maya,

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan nikmat islam,

Haaa, masih lagi bersama saya? Aiwa! Masyaallah.. Jazakallah, barakallah. Sahabat seakidah, musim bola sepak hampir ke penghujungnya, dan peminatnya kian berkobar-kobar dan saling cuba meramal pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Dunia 2010. Bila bercakap tentang meramal, pasti semua akan terlintas dalam kepala ‘Paul’ dan ‘Mani’. Siapa pemilik nama itu? Adakah bintang bola sepak baru seperti Mesut Ozil? Atau mungkin reffere terbaik? Suatu persoalan, tetapi sudah ada jawapan pada anda semua. Eh, anda tersenyum? Mari kita taaruf mereka..

Di Berlin, Jerman muncul seekor sotong bernama “Paul, the psychic Octopus” peramal pasukan German. “Paul” dilahirkan pada tahun 2006 di Weymouth dan sekarang bermastautin di Germany’s Oberhausen’s Sealife Aquarium. Baru-baru ini, German nampaknya terpaksa akur dengan ramalan sotong ‘Paul’ apabila mereka tewas di tangan Sepanyol 1 – 0. Manakala Sepanyol telah mengatur permainan yang begitu rapi sehingga membuktikan bahawa ramalan “Paul” adalah tepat dan benar. Kesannya, mereka yang berjudi dan memilih German sebagai pemenang telah mengalami kerugian jutaan ringgit malah berbillion ringgit kerana tidak percaya dengan ramalan “Paul”.

Satu lagi ramalan yang dibuat ialah penentuan Sepanyol dan Belanda. Sotong yang terkenal di dunia ini dilihat duduk di tangki yang ditandai dengan bendera Sepanyol hanya beberapa minit sebelum menyambar kerang dan memakannya, dan tidak ambil kisah tangki Belanda . Ini menunjukkan kemenangan Sepanyol dalam perlawanan final Piala Dunia. Malah Paul juga meramalkan bahawa German menang keaatas Uruguay.. Manakala seekor burung kakak tua di Singapura yang bernama Mani pula meramalkan Belanda akan memenangi final Piala Dunia dan memilih Jerman tempat ketiga. Eh, kenapa pula ada percanggahan? Anda tersenyum lagi?


Persoalan kedua : Menolak vs Percaya?

Tahukah anda, itu merupakan perbuatan khurafat. Ia bermaksud kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut. Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar. (Surah al-Nisa’, ayat 48)


Ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus, tumbuhan dan binatang untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah. Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Jadi mengapa memilih Paul dan Mani? Mengapa mahu percaya tilikan ‘beliau’? Mengapa marah kepada binatang itu? Siapa yang bijak sekarang? Anda bijak.. anda tentukan..! Innallahama’ana. Insyaallah.. masih terus bersama saya? Give up (tersenyum)??
Read more

Saturday, July 10, 2010

Freemasonry.. Masjid Aqsa Mahu Diganti?




Sejarah Freemasonry

Freemasonry adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemasonry terdiri dari dua kata yang di satukan. Free artinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.

Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling populer adalah, bahwa Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsha.

Mereka meyakini, tahun 1012 Sebelum Masehi (SM), Nabi Sulaiman membangun Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestina. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilonia menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilonia. Atas kebebasannya itulah, ia membangun kembali Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Romawi menaklukkan Palestina dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerusakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula saat kekuasaan Muslim, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsha pada abad ke-7.

Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengartikan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasan yang luas membentang. Bahkan ada yang menariknya hingga sampai wilayah Khaibar, saat kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Karena itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu karena penghianatanya pada Rasulullah dan piagam Madinah.

Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, yaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristen dan Islam.

Perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katholik ini terjadi karena Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropa. Sejak awal berdirinya, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah berdirinya gerakan ini berakar jauh dan bisa dilacak hingga ke masa Ordo Knight of Templar saat perang Salib di Yerusalem, Palestina. Saat Paus Urbanus II, tahun 1095, usai Konsili Clermont menyerukan Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi kaum Kristiani di seluruh Eropa untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urbanus II membakar emosi massa dengan cara mengabarkan kabar bohong. Ia mengatakan umat Kristen di Palestina telah dibunuh, dibantai dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan kaum Kristiani dengan mengatakan bahwa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) telah dan sedang menguasai makam Yesus Kristus.

Paus UrbanusII menyerukan agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini antar pemeluk dan kesatrian Kristen harus diakhiri, karena ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurakan: Islam dan kaum Muslimin. Ia juga mengiming-iming dengan bujukan surgawi, bahwa siapa yang berangkat ke medan perang kan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat surga. Hasilnya, ribuan kaum Kristiani berangkat menuju Palestina dengan kemarahan. Dan setibanya di sana, terjadi pembantaian besar-besaran atas penduduk Yerussalem dan Palestina.

Setelah mereka menguasai tanah Palestina, pasukan Salib yang terdiri dari banyak unsur mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropa, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militer di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian ordo yang sangat mencuat namanya adalah Ordo Knight of Templar.

Sepanjang bisa terlacak, pendiri ordo ini adalah dua kesatria Prancis, yaitu Hugh de Pavens dan God frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahwa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pendiri Ordo Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristen tersebut, sesungguhnya proses convertion yang mereka lakukan hanyalah cara untuk menyelamatkan diri, dan sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.

Meski mereka menamakan diri sebagai tentara miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Atau setidaknya, masa miskin itu hanya mereka rasakan di awal-awal berdirinya Knight of Templars. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan jalan melakukan kontrol penuh terhadap peziarah Eropa yang datang ke Palestiana. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putra para bangsawan Eropa yang tentu saja akan melengkapi anak mereka dengan perbekalan dana yang seolah tak pernah kering jumlahnya. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan ribawi pertama pada abad pertengahan.

Dalam waktu singkat markas Knight of Templar di Prancis menjadi rumah penghimpunan harta terbesar di Eropa. Lambat laun mereka menjadi bankir bagi para Paus dan Raja. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahunyya King Henry II of England mendonasikan uang untuk menanggung biaya hidup 15.000 tentara Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib di tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada saat itu organisasi ini memiliki 7.000 pegawai lebih hanya untuk mengurusi masalah keuangan. Mereka juga memiliki tak kurang dari 870 istana, kastil, dan rumah-rumah para bangsawan yang terbentang dari London hingga Yerusalem.

Karena ordo ini sangat berkuasa, lambat laun mereka mulai menampakkan ciri aslinya, yakni sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja setan dan mendatangkan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.

Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Paus Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan dan interogasi, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (penyebutan ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemasonry sampai sekarang, pen) ikut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan interograsi didapatkan keterangan bahwa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, melakukan sodomi, menyembah kucing, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati.

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyiksaan demi penyiksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, yaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan napasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahwa Raja Philip dan Paus Clement harus mengikutinya, mati, dalam waktu satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusul Paus Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.

Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan kasus Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestina, tapi juga terjadi di Eropa. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Sampai akhirnya mereka berhasil melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Skotlandia, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Skotlandia menjadi salah satu yang menentukan dalam perkembangan gerakan Freemason.

Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herodes Agripa I yang meninggal pada tahun 44 Masehi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Konon waktu itu namanya The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.

Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuhi bayi-bayi Kristen. Tapi, berkenaan dengan segala kesadisan yang dilakukan Herodes ini, para sejarawan dunia, meyakini bahwa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristen. Herodes Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Wakil Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahasia utama gerakan ini. Tapi beberapa anggota Freemason juga mempercayai dan menarik sejauh mungkin sejarah mereka ke masa lalu, bahkan hingga ke zaman Fir’aun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktivitas ritual mereka, seperti penggunaan Mata Horus atau The All Seeing Eye, Piramida, Matahari dan berbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templar dan penemuan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus mereka eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rencana mereka pada kehidupan dunia.

Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman surga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan karena itu pula Tuhan mereka melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang anggota Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry manuliskan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan diturunkan kepada manusia-manusia berikutnya. Tapi, dalam perkamen-perkamen tua itu disebutkan bahwa, Tuhan dengan sengaja mengacaukan bahasa manusia yang mengakibatkan rahasia ilmu pengetahuan, yang diturunkan Adam dengan memakan daun dari pohon terlarang, hilang dan tak diketahui manusia-manusia setelah Seth dan Nimrod. Dan itu pula yang menjadi alasan kedua kaum ini memerangi Tuhan.

Bahkan menurut Talmud, setan-setan adalah keturunan dari Adam dan Hawa. Setelah Adam diusir dari surga, ia enggan mencampuri istrinya, Hawa. Dan pada saat itulah, dua setan perempuan mendatanggi Adam yang langsung digauli keduanya oleh Adam. Dalam Talmud disebutkan, Adam menggauli setan perempuan bernama Lelet selama lebih dari 130 tahun lamanya dan melahirkan banyak anak-anak setan begitu pula dengan Hawa selama ditinggal oleh Adam, Hawa juga digauli oleh setan laki-laki dan melahirkan banyak anak setan.

Fremasonry adalah Organisasi Dajjal?

Banyak Muslim yang anti-Masonry beralasan bahwa Freemasonry sangat dekat dengan Semitisme dan Zionisme, meski kritikus lainnya mengatakan bahwa Freemasonry ada hubungannya dengan Dajjal. Beberapa Muslim lainnya yang anti-Masonry beranggapan bahwa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem setelah menghancurkan Mesjid. Pada artikel 28 dari konvensi Hamas, dinyatakan bahwa Freemasonry, Rotary, dan grup yang serupa lainnya “bekerja dalam kerangka dan berdasarkan instruksi Zionisme …” Namun, beberapa negara seperti Turki dan Malaysia membolehkan Grand Lodge.

Freemasonry di Indonesia

Di Hindia-Belanda dahulu, rumah pertemuan kaum Vrijmetselarij, dalam bahasa Belanda Loge atau Loji dalam bahasa Indonesia seringkali disebut sebagai “rumah setan”. Sejak zaman presiden Soekarno, gerakan ini dilarang di Indonesia.

Loji-loji Freemasonry ternama di Nusantara tersebar di hampir semua wilayah di Indonesia seperti di Aceh, Medan, Padang, Palembang, Jawa, Sulawesi, dan sebagainya.

Salah satu yang paling terkenal adalah Adhuc Stat alias Loji Bintang Timur yang terletak di Menteng, Jakarta Pusat, yang kini dipakai sebagai Gedung Bappenas. Dulu, gedung ini dikenal masyarakat luas sebagai Gedung Setan, karena sering dipakai sebagai tempat pemanggilan arwah orang mati oleh para angota Mason.

Dr. T.H. Stevens, seorang sejarawan Belanda, dalam bukunya berjudul “Tarekat Mason Bebas dan Masyarakat di Hindia Belanda dan Indonesia 1764-1962″, yang edisi bahasa Indonesianya diterbitkan oleh Sinar Harapan dalam jumlah yang sangat terbatas, banyak memaparkan tentang gerakan dan tokoh-tokoh Freemasonry di Indonesia. Tokoh-tokoh Mason Indonesia menurut buku tersebut —yang dilengkapi foto-foto ekslusif sebagai buktinya— banyak menyangkut nama-nama terkenal seperti Sultan Hamengkubuwono VIII, RAS. Soemitro Kolopaking Poerbonegoro, Paku Alam VIII, RMAA. Tjokroadikoesoemo, DR Radjiman Wedyodiningrat, dan banyak pengurus organisasi Boedhi Oetomo.

Beberapa Anggota Fremason Terkenal di Dunia :

* Enrico Fermi
* Johann von Goethe
* Voltaire
* Duke Ellington
* Rudyard Kipling
* Louis Armstrong
* Winston Churchill
* Giuseppe Garibaldi
* Charles Lindbergh
* Beberapa Presiden Amerika Serikat:
o George Washington
o James Monroe
o Andrew Jackson
o Martin Van Buren
o James Polk
o James Buchanan
o Abraham Lincoln Andrew Johnson
o James Garfield
o William McKinley
o Theodore Roosevelt
o William Taft
o Warren Harding
o Franklin D. Roosevelt
o Harry Truman
o Lyndon Johnson
o Gerald Ford.

(Sumber : www.islamonline.com)
Read more

Thursday, July 8, 2010

Ghaza : Antara Kedajalan Zionist, Kedangkalan Arab Dan Tidak Keprihatinan Kita


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Salam bermisi untuk bumi Palestin,

Alhamdulillah wa syukrulillah a’la ni’matullah!!

“Sekumpulan dari umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan hanya mendapat sedikit kerosakan, sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian", lantas para Sahabat bertanya Nabi, "dimanakah mereka wahai Rasulullah?". Rasulullah menjawab, di Baitul Maqdis dan sekeliling."
(Riwayat Abdullah Bin Ahmad dan At-Thabarani)

Saudara seislamku, kita sujud pada arah yang sama! Tuhan yang sama! Kepercayaan dan keyakinan yang sama! Kadang-kadang kita juga berkongsi hiburan yang sama. Lihat, kalau dahulu kita digembar-gemburkan dengan berita sedih dari bumi Palestin yang belum nampak lubang cahaya kedamaian, keamanan dan ketenteraman.. tetapi hari ini kita disibukkan dengan permainan dunia! Bola sepak (FIFA), 1 sukan yang telah menutup mata, hati kita daripada terus mengambil tahu tentang berita di Palestin. Adakah semangat itu sementara sahaja? Jawab muslim!!

Tahukah kita tanah suci yang menjadi rebutan 3 agama sejak zaman-berzaman sehingga menyaksikan rentetan peristiwa berdarah yang menyayat hati umat Islam yang tidak berkesudahan? Ia adalah tanah yang menjadi saksi Mi'raj Rasulullah, menjadi saksi dakwah para Anbiya', menjadi makam ramai Rasul Allah, menjadi kubur para Syuhada', yang sentiasa dibasahi darah para Pejuang, tanah yang menjadi mangsa kerakusan Yahudi dan Zionist, dan merupakan kiblat pertama umat Islam.

Ia adalah...Baitul Maqdis...Palestin.


Kini, bumi Palestin hampir pupus secara total dan masyarakat dunia dibayangi dengan Negara Israel sebagai pengganti. Matlamat Israel adalah untuk mewujudkan sebuah biara dipanggil Haikal Sulaiman di tapak Masjidil Aqsa selain ingin menggali 'harta' peninggalan nenek moyang mereka yang taghut di bawah masjid suci tersebut.


Segala persiapan untuk itu telah direncanakan mereka beratus tahun lamanya dan didukungi oleh golongan Freemason & Luciferian. Semua mereka adalah Zionist! Sila rujuk dokumentari The Arrivals untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.


Baki penjajahan dibahagikan kepada dua wilayah, Gaza dan Tebing Barat. Tebing Barat dihuni oleh penyokong Fatah manakala Gaza dipertahankan oleh penyokong Hamas. Penduduk Gaza dianggarkan seramai 1.5juta orang. 400 000 daripada mereka tinggal di bandar. Majoriti penduduk Gaza adalah zuriat pelarian Palestin yang dihalau dari kampung halaman masing-masing pada 1948.


Ketidakseimbangan antara jumlah penduduk yang terlalu ramai dan keluasan wilayah yang sempit, menjadikan Gaza sebagai salah satu kawasan paling padat di dunia. 25000 orang setiap kilometer persegi. Malah di khemah-khemah pelarian, ia boleh mencapai sehingga 55000 orang setiap kilometer persegi. Ada 7 pintu keluar masuk ke daerah kecil dan dhaif ini. Salah satunya di Rafah dimana, ia dikawal oleh kerajaan Mesir dan selebihnya dikawal oleh Zionist Penceroboh Laknatullah.. Tetapi sayangnya, satu-satunya pintu yang dikawal oleh kerajaan Arab dan Islam ini tidak memberi apa-apa kelebihan terhadap negara jiran seagamanya itu.

Malah, pemimpin Mesir, Hosni Mubarak membenarkan Israel dan Amerika menggunakan ruangan udaranya untuk membedil Gaza. Ini adalah salah satu contoh kebodohan dan kebinatangan yang dilakukan oleh pemimpin Mesir itu seterusnya membuktikan bahawa dialah pengkhianat yang paling jelik di muka bumi.

Malah lebih menyedihkan, pemimpin-pemimpin Arab yang lain hanya 'memerhati' jiran mereka, Gaza, diperkotak-katikkan oleh musuh Allah dan hanya bertelagah sesama sendiri. Tindakan Presidan Venezuela, sungguhpun bukan Islam, menghalau Duta Israel dari negaranya demi mengutuk kekejaman Israel di Gaza menjadi satu tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin Arab Islam yang lain yang bacul dan bebal. Ini bermakna, semenanjung Gaza sebenarnya sudah menjadi penjara Mega yang di kelilingi oleh Zionist Yahudi dan Zionist Arab.


Maka sejak itu, penduduk Gaza (Hamas) terus di tekan, dibelasah dan disembelih oleh 'kedua-dua' rejim Zionist itu. Pemimpin- pemimpin terkorban. Kanak-kanak dibom. Wanita-wanita diperkosa dan pemuda-pemuda diseksa sehingga mati. Para Pejuangnya terus melawan menggadai nyawa mempertahankan tanah air mereka dengan roket-roket kecil buatan sendiri dan senapang-senapang lama seperti AK 47. Sungguhpun demikian, serangan yang dilancarkan oleh roket-roket kecil itu tetap mempunyai kuasa pemusnahan yang hebat bantuan dari Allah S.W.T dan menyebabkan ramai anggota rejim yang turut terbunuh dalam pertempuran.


Diceritakan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan palestin berumur sekitar 4-5tahun mengelupur akibat terkena bom 'fosforus' yang digunakan oleh Zionist sungguhpun penggunaan senjata ini melanggar etika peperangan dan resolusi PBB. Bom tersebut bertindakbalas terhadap oksigen. Lengan kanak-kanak itu melecur dan orang ramai segera mengambusnya dengan tanah. Apabila disiram kesan lecuran tersebut dengan air, maka gugurlah daging dan kulit kanak-kanak itu. MasyaAllah..


Sheikh Ahmad Yasin (pengasas pimpinan Hamas) dibunuh dengan kejam pada waktu subuh dengan menggunakan roket yang harganya hampir sama dengan pendapatan kerajaan negeri Selangor. Tangannya putus dan kepalanya hancur. Sehingga kini Gaza umpama 'hidangan' untuk santapan rakus penjenayah Luciferian (Zionist) dan pengkhianat Arab dan hanya 'diperhatikan' oleh negara-negara Islam lain termasuk kita.

Mari kita fahami dan renungi semula kata-kata mereka ini:


George W. Bush (bekas Presiden A.S-Luciferian)

"menghentikan serangan ke atas Gaza bergantung sejauhmana Hamas menghentikan pelancaran roket ke wilayah Israel dan menghentikan penyeludupan senjata."


Huga Chaves, (Presiden Venezuela)

"Betapa baculnya tentera Israel bertindak menyerang orang yang tiada upaya dan orang yang sedang tidur, tiba-tiba mendakwa ia sebagai serangan mempertahankan diri. Saya menyeru rakyat Israel supaya bangkit menetang kerajaannya.


Nicholas Sarkozy (Presiden Perancis)

"Hamas bertindak secara tidak bertanggungjawab apabila melancarkan roket ke arah Israel."


Mahmud Abbas (bekas Presiden Palestin-Fatah)

"Hamas perlu menghindari dari serangan Israel. Jika perjuangan itu menyebabkan rakyat Palestin diserang, maka kita tidak memerlukan perjuangan."


Hosni Mubarak (Presiden Mesir merangkap Anjing Amerika)

"Hamas mahu pintu Gaza dibuka kepada mereka, sedangkan mereka lupa yang mereka sedang dijajah! Mesir sama sekali tidak akan membuka pintu sempadan untuk mereka hinggalah Mahmud Abbas dikembalikan kuasanya dan sempadan dikawal oleh pemerhati antarabangsa!."


Shimon perez (Presiden Haram Israel)

"Matlamat kami jelas. Kami tidak mahu Gaza mengikuti jejak langkah Iran. Kami tidak akan menghentikan serangan. Bahkan sebaliknya Hamaslah yang perlu menghentikan pelancaran roket ke atas wilayah Israel!."


Muhammad Hassan Nasrullah (Pemimpin Hizbullah-Lebanon)

"Kami tidak bermusuh dengan mana-mana pemimpin Arab disebabkan keengganan mereka membantu kami dalam peperangan menentang Israel pada Julai 2006. Tapi kami sangat marah kepada mereka yang tidak membantu Gaza dan penduduknya. Wahai pemimpin Mesir, jika kalian tidak membuka pintu sempadan Rafah, maka kalian adalah turutterlibat dengan jenayah, pembunuhan, pengepungan dan penderitaan ke atas rakyat Palestin."


Khalid Masy'al ( Ketua Biro & Jurucakap Hamas)

"Bukan roket kami yang sia-sia. Bukan amaliyyah istisyhadiyyah(intifada) yang sia-sia. Perkara yang sia-sia sebenarnya adalah 'rundingan damai'. Rundingan inilah yang menjadi punca melambatkan kemenangan dan pihak musuh berjaya mempergunakan rundingan damai ini untuk menunjukkan kepada dunia kononnya mreka golongan yang baik."


Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki)

"Serangan ke atas penduduk awam di Semenanjung Gaza adalah merupakan satu titik hitam dalam sejarah manusia. Israel bertanggungjawab ketas kemelut yang berlaku pada hari ini kerana ia tidak pernah berpegang kepada perjanjian damai."


smail Haniyyah (Perdana Menteri Palestin)

"Apa yang berlaku di Gaza bukan peperangan biasa.Tetapi ia satu peperangan pnghapusan etnik sebenar yang tidak berakhlak, tiada prinsip dan tiada asas peraturan peperangan. Bahkan melanggar semua peraturan dan undang-undang serta prinsip mana-mana agama langit dan agama bumi. Mereka hanyalah mahu mencemar keamanan, kestabilan dan undang-undang."


Ali Khomenei (pemimpin Iran)

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Ingat! sedang kita tidur, ‘mereka’ bekerja. Adakah kita mahu terus berkhayal, leka, dan masih ‘biasa-biasa’? Ayyuhal syabab, terus bersama saya? Jangan tidur! Wallahua’lam.

(rujukan : fitrahulinsan)
Read more

Sunday, July 4, 2010

Indahnya FIFA Andai Tahu Menilai


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah wa syukrulillah.. kenikmatan islam terus terasa,

Kehebatan Islam terus dipersembahkan di padang dunia,

Menjadi lambang keagungan, keadilan, kehebatan Sang Pencipta..

Anda minat bola? Laghah?!! Sabar.. anda lihat, anda nilai, anda tentukan. Menjadi kegilaan ketika ini dengan ‘demam bola sepak’. Memang tidak dapat disangkal, peminatnya bukan sahaja warga muda, malah yang tua dan budak hingusan pun pasti melayan. Kalau di tempat saya, daripada sebesar warung sehingga sekecil-kecil warung masing-masing sibuk pasang skrin besar untuk attract lebih ramai customer. Hahaha.. Masing-masing datang dengan dengan berpakaian lengkap jersi dan mindset bahawa pasukan pilihan mereka akan menang, dan sekiranya kalah.. menjadi ketidakpuashatian pasti meletus(betul ke ayat ni). Buat masa ini anda sokong mana? Masih istiqamah dengan pilihan pasukan yang telah kalah? Bukan persoalan ini menjadi titik utama penulisan saya sebenarnya.

Berfikir sejenak, Australia,England dan Argentina merupakan beberapa buah Negara yang mempunyai barisan pemain bola sepak antarabangsa yang hebat, tetapi apa perkaitan dengan ketiga-tiga Negara ini? Kalau anda minat Jerman, persoalan pasti terjawab. Sudah pasti mereka merupakan pasukan yang telah tersingkir buat masa ini serta telah dikalahkan oleh Jerman. Sabar, bukan bermaksud saya mengeluarkan statement ini maka saya fanatik pasukan itu. Mari taaruf pemain yang sibuk dibual kini, Mesut Ozil, player Jerman yang kini disebut-sebut namanya merupakan seorang anak muda keturunan Turki yang sangat berbakat dalam permainan sepak bola. Beliau baru berumur 21 tahun tetapi mempunyai bakat yang besar. Tetapi apa lagi besar? Adakah bakat semata-mata? Sudah tentu kekuasaan Allah SAW. Allah yang mencipta manusia, memberi bakat semulajadi, serta menggerakkan hati dan memberi hidayah.

Siapa sebenarnya Ozil? Kita taaruf lagi.. Pada tahun lalu, Ozil telah membantu menjulang Jerman apabila menjaringkan satu gol dan memberi lorongan untuk dua gol lain perlawanan akhir Kejohanan Bawah 21 UEFA, menewaskan England yang dibimbing, Stuart Pearce, 4-0. Ozil juga mewakili skuad B17, B19 dan B21 Jerman. Piala Dunia 2010 sekali lagi menyaksikan kehebatan Ozil apabila meranapkan impian England untuk memasuki pusingan suku akhir. Walaupun, bersedih menerima berita buruk mengenai kematian nenek tersayang di Hospital Bandar Bolu, Turki, beberapa hari sebelum perlawanan menentang England, ia tidak menjadi penghalang bagi anak muda itu melakar aksi cemerlang. Dengan gerakan-gerakan menarik dan larian pantas pertahanan skuad bimbingan Fabio Capello tidak dapat menandingi keupayaan Ozil. England terpaksa akur dengan kepantasan skuad muda Jerman apabila tewas 4-1 sekali gus menyaksikan mereka sekali lagi berputih mata meneruskan perjuangan dalam Piala Dunia kali ini. Kemudian, kemenangan keatas Argentina pada pusingan suku akhir sekali gus mencerahkan peluang menjulang Piala Dunia 2010. Ketangkasan Ozil telah menarik perhatian kelab ternama dunia untuk menyarungkan jersi mereka seperti Barcelona, Arsenal, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Aston Villa dan banyak lagi.

Dan apakah yang hebat lagi tentang Ozil?? Ternyata dia ISLAM!!! Dalam setiap sebelum perlawanan bermula, Ozil akan mengisi masanya dengan membaca kitab suci Al-Quran. Oh, indah bukan? Allahuakhbar. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa terdapat ramai lagi pemain-pemain bola sepak yang hebat dan beragama islam. Sifat terpujinya kita boleh ambil, kemenangan di dunia bersifat sementara, sedangkan kemenangan yang hakiki ialah apabila tiba di akhirat kelak.


Ibrahim Afellay menjadi salah satu pemain yang dianggap berbakat dalam pasukan Belanda. Permainannya telah matang bersama PSV Eindhoven, bahkan mendapatkan penghargaan Eredivisie sebagai pemain terbaik 2007/08. Ibrahim Afellay terpilih sebagai "Moslim van het jaar" atau Muslim Tauladan di Belanda.


Sulley Muntari merupakan muslim yang taat,dia tetap menjalankan puasa saat kompetisi seria-A berlangsung. Setelah dia mencetak gol ke gawang, Sulley Muntari segera sujud sebagai wujud rasa syukur; hal ini membuat banyak muslim Italia memujinya. Begitu juga ketika dia melakukan selebrasi dengan membuat huruf “C” di jarinya. Ada yang mengatakan itu inisial pacarnya, ada juga yang menyebutnya sebagai simbol bulan sabit yang identik dengan Islam.


Henry kerap mendorong agar setiap orang membaca al-Quran dan membaca lebih banyak lagi tentang agama Islam agar lebih mengenal agama.


Salah satu Muslim di Skuad Jerman ini adalah warga keturunan Tunisia.


Franck Ribery memeluk Islam setelah bermain di klub asal Turki, Galatasaray, pada 2005.Sebelum masuk padang, dia selalu berdoa. Isterinya seorang muslimah dan memiliki dua orang puteri, Hiziya dan Shahin. Ia pernah mengatakan, “Islamlah yang memberikan saya kekuatan dalam dan luar padang”.

Sahabat, mereka adalah antara pemain hebat yang telah masuk islam dan sebenarnya masih ramai lagi seperti Nicholas Anelka, Nasri, Zinadine Zidane dan lain-lain. Mengapa tidak kita mencontohi mereka? menjadikan Agama Islam sebagai pasak dalam hati untuk saling mendambakan keredhaan Allah. Terus bersama saya? Aiwa!
Read more

Saturday, July 3, 2010

Israk Mikraj : Satu Perjalanan Hebat!


Assalamualaikum wbt, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, nikmat islam masih kita perolehi. mudah-mudahan hingga ke akhir hayat. Allahumma ahyina biliman, waamithna biliman. Masih bersama saya? Insyaallah mari kita hayati peristiwa Israk' wal Mikraj.. kita pasakkan hati kita untuk Allah, taburkan baja hati dengan keimanan dan suburkan jiwa kita dengan kecintaan kepada Sang Pencipta..


ISRAK

perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

MIKRAj

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Kesahihan peristiwa israk dan mikraj

Tarikh berlaku Israk dan Mikraj
Tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

RENTETAN PERISTIWA

SEBELUM ISRAK

Ketika nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah.’

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Semasa Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah )
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

SELEPAS ISRAK

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).



Saheh atau Palsu? Wassalam..
Read more

Friday, July 2, 2010

Forward, Oh Mudahnya.. Tapi Hati-Hati!


Assalamua’laikum wbt,

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Alhamdulillah a’la kullu ni’mat.

Sahabat, mari kita bandingkan.. orang dahulu memperjuangkan islam dengan darah, tetapi orang sekarang memperjuangkan islam dengan peluh. Bezakan perjuangan mujahid dahulu yang terpaksa berperang untuk menegakkan syiar islam dan hari ini kita hanya perlu duduk dalam ceramah sambil brpeluh.. dan belek-belek jam sehingga time over. Benar bukan? Kini, sudah macam menjadi trend masyarakat kita pada hari ini berdakwah melalui pena tetapi menggunakan budaya forward, iaitu apabila diterima suatu, berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti FACEBOOK.

Kenapa perlu pastikan cerita yang kita dengar sahih? Tak boleh ke kita terima saja kemudian terus sampaikan? Bukankah balaghu a’nni walau ayyah? benar, memang seorang muslim wajib untuk menyampaikan dakwah walau sepotong ayat. Tetapi.. selidiklah terlebih dahulu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindak tanduk kita kerana malaikat sentiasa mencatat setiap perbuatan kita. Bukan sukar untuk kita terlibat di dalam penyebaran berita palsu terutamanya di zaman ini.

"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).

Antara isu yang panas yang kian dibahaskan pada akhir-akhir ini seperti,

Isu I5Ra3L :

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah, jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page israel dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata isrel ada disana juga. Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist. Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya. tolong disebarin. syukron.

Jawapan untuk Isu I5Ra3L :

Sekiranya kita taip/search di ruang kotak search fb, semua berkaitan perkataan itu akan ada di 'list' bukan? dan masalahnya, adakah yakin dan pasti automatik akan menjadi 'fans'? sebenarnya untuk pengetahuan, itu hanye di linkkn sahaja dan ianya adalah link yang menghubungkan antara satu sama lain. Contohnya, sekiranya kita taip palestine atau apa-apa sahaja ia pasti akan keluar profile yang berkaitan ‘palestine’, dan di bawahnya akan keluar semua post dari pengguna facebook yang berkaitan dgn ‘palestine’

Baik, saya buktikan lagi. Harap anda semua boleh mengerti maksud saya,

1) http://www.facebook.com/pages/Novel/106037806093446
2) http://www.facebook.com/pages/Comedy/109469405746262

Adakah anda sudah faham maksud saya? Maaf, jangan beri alasan seperti, “saya sebenarnya tidak tahu sangat system dalam fb ni, masih baru lagi dan baru sahaja 'join', sebab itu saya yakin saya betul”. Ada seorang sedara berkata kepada saya :

“ia mungkin salah satu cara utk mereka mengetahui sebarang maklumat tentang I5Ra3L tak kiralah penyokong atau pembangkang sekalipun. Teknologi mereka lebih maju dan mereka yg kuasai internet,dan boleh jadi, setiap gerak langkah kita, mereka juga ketahui”

Ingatlah, perkataan itu masih berbaur fitnah, dan perlu diberikan bukti yang kukuh. Kerana apa? Kerana kita sendiri belum pasti pihak Israel sengaja menggunakan medium ini untuk memperoleh maklumat dari masyarakat 1 dunia. Sebenarnya mereka sendiri sudah di kecam oleh masyarakat di dunia ini! Dan tidak salah kalau anda sendiri mahu bertindak berhati-hati. Itu jalan terbaik.. Cuma jangan sampaikan berita yang kita sendiri tidak pasti kesahehannya. Itu FITNAH. Seorang muslim, juga seorang pendakwah perlu berhati-hati dalam setiap apa yang disampaikannya, kerana pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)

Ingatlah akan pesan Nabi dan juga larangan daripada Allah SWT. Kesan budaya forward ini sangatlah buruk kepada individu mahupun masyarakat. Saya menyeru kepada anda semua agar kita hentikan segera budaya menyebarkan cerita dengan sesuka hati tanpa usul periksa.
Read more

Pelingkup Islam Atau Penyokong Islam? Anda Tentukan..


“Pergghh, meluat aku tengok ustaz tu, bukannya bagus sangat”, kata A

“Tahu xpe, aku pun meluat.. entah apa ajaran yang dia bawa tu, ekstrem sungguh!”, sampuk B

“Sudahlah, aku nak boikot ustaz tu.. jom ikut aku halang budak-budak lain daripada ikut ceramah ustaz tu”, sambung A

Dialog yang tidak asing dalam masyarakat islam pada hari ini bukan? Amat malang dan rugi bagi diri kita yang tiada sumbangan tetapi menjadi golongan yang mengkritik perkara kebaikan. Hanya tahu complain sahaja, tetapi apa yang telah kita sudah sumbangkan? Inilah golongan yang ramai dalam masyarakat kita pada hari ini. Islam ini sepatutnya berjaya lebih awal, tetapi terlambat. Kerana apa? Kerana golongan tadi lah yang bukan membantu untuk islam ke hadapan, tetapi hanya kutip paku karat lalu tabur di jalanan. Mereka mahu islam slow. Aktivis-aktivis islam sibuk memikir dan bekerja untuk menyebar islam, tetapi kita sibuk memikir untuk pelingkup mereka. Kalau orang arab dengan cara mereka, sibuk bertelagah untuk dapatkan minyak. Di Palestin, isu yang tidak sudah-sudah. Jadi, cukuplah dan carilah titik-titik penyelesaian daripada berlakunya perbalahan.

Kadang-kadang, kita duduk dalam 1 jemaah dan kita kutuk jemaah lain. Apa faedahnya yang kita dapat? Semua jemaah buat kerja islam dan beri sumbangan kepada agama. Misalnya, jemaah tabligh. Berapa ramai penagih dadah masuk tabligh? Masyarakat hari ini pandang serong kepada penagih malah menganggap seperti sampah. Bahkan juga ada ibu bapa yang sanggup membuang anak mereka. Tetapi jemaah tabligh ambil mereka, bawa meraka. Dan Alhamdulillah, mereka berubah! Itu jasa tabligh dan aspek-aspek kelemahan memang ada, tetapi semua orang juga ada kelemahan. Berfikirlah secara positif. Apa pula salah jemaah ABIM? Berapa banyak ABIM buat sekolah? Taski ada berapa banyak? Adakah kerja yang mereka lakukan itu tidak betul? Untuk pengetahuan semua, mereka mempunyai silibus yang teratur. Mereka tackle orang-orang yang educated seperti professor dan doktor. Suatu masa dahulu, jemaah ARKAM. Jemaah itu mempunyai rangkaian mini market yg luas dan besar. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan sehingga di international. Telah diakui bahawa mereka adalah antara penyumbang terbesar sehingga 30% dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan kita pula hanya tahu complain sahaja.

PAS juga ada sumbangannya dalam bidang politik dan sahsiah diri. Matlamat mereka cuma satu, supaya orang ramai kenal tentang islam. Cume berbeza cara pendekatan bagi setiap jemaah. Contoh lain, Abu Bakar As-Siddiq dengan pendekatan yang lemah lembut. Saidina Umar Al-Khatab dengan cara agresifnya, manakala Uthman ibnu A’ffan dengan jiwa lembutnya dan rendah diri. Tetapi ada nabi kata mereka salah? Tidak bukan? Itu menunjukkan kayanya uslub dakwah dalam islam. Yang salah siapa? Yang salah adalah mereka yang hanya tahu mengkritik tetapi tiada sumbangan untuk islam.

Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran : 104)


Ramai orang tidak tahu memberi sumbangan untuk islam itu bagaimana caranya. Ramai orang berfikir bahawa sumbagan itu perlu diiktiraf dan mesti dipublish secara rasmi, kalau tiada, itu bukan sumbangan. Itu salah! Mari kita lihat kisah Nabi Ibrahim AS ketika hendak dibakar, Burung-burung cuba untuk memadamkan api tetapi tidak berhasil usahanya yang kecil. Walaubagaimanapun, itu juga sumbangan. Kejayaan bukan diukur di dunia, tetapi diakhirat. Kita lihat lagi.. golongan anti hadis ada websitenya, golongan orientalis barat dan golongan kristian juga ada. Tapi kita? Tiada.. namun alhamdulillah kerana ada lagi orang-orang yang berfikrah untuk agama seperti Dato’ Haron Din, ustaz Zaharuddin, ustaz Shamsuri, ustaz Khazim Elias dan juga badan-badan NGO. Mereka telah memasukkan unsur-unsur rohani. Maka kitalah yang kena menyokong perjuangan mereka, kerana itu juga sumbangan untuk agama.

Akhir kalam, bukan semua orang akan setuju dengan penulisan saya,tetapi saya mahu berkata perkara yang benar. Mari kita bergabung tenaga untuk mengembalikan kekuatan syiar islam yang hebat seperti dahulu. Masih mahu bersama saya? Aiwa!
Read more

Thursday, July 1, 2010

Awal Kalam, Wasilah Baru. Mari Bersama Saya..


Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillahirabbila’lamin a’la ni’mat islam,

Syukur dan segala puji bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi, yang menggerakkan hati ini untuk menyambut suruhan dan perintahNya,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pesuruh ALLAH yang mulia,

Alhamdulillah ya rabb! Niat sejak awal masuk ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (2008) untuk memiliki blog sendiri akhirnya tercapai. Segalanya atas bantuanMu, yang menggerakkan hati ini untuk terus menagih cintaMu dan mengemis kasihMu. Syukran a’la kullu hal! Wa syukran aidhan ila Ukhti, Noraini bt Nasnan yang banyak membantu dalam usaha menyiapkan blog ini. Jugan bantuan nasihat daripada Akh Izzuddin b Ismail, naqib. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat facebook yang memberi sokongan padu dan tidak putus-putus memberi galakan. Barakallahufikum (semoga Allah berkati kamu semua). Ewwahh, sudah macam ucapan raya pula. Insyaallah, Allah ma’ana..

Menggunakan nama pena Brother Mujahid, bukan bermaksud sudah hebat dalam gerakan islah dakwah. Tetapi masih mencari, meraba ilmu Allah yang terbentang luas di muka bumi, Insyaallah menjadi wadah perkongsian bersama. Telah pasakkan hati, diri dan kudrat ini sebagai hamba allah yang sememangnya akan di ambil kembali pada bila-bila masa. Benarlah bahawa perkara yang paling jauh dalam diri kita ialah dunia, tetapi yang paling dekat ialah.. mati.. ya memamg benar. Sebab mati itu tidak tunjuk signal, tidak beri warning, tidak tunggu tua, tidak datang apabila amalan kita cukup, tapi hadir tanpa di jemput. Benar bukan? Jadi, mari bersama saya meggalas kerja dakwah. Moga ada percent di akhirat. Aiwa!

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Ali Imran: 104)


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat: 33)


Masih mahu bersama saya? Insyaallah.. Wadah perjuangan membawa title da’e (pendakwah) bukan bermaksud untuk menyeru orang sahaja, tetapi juga menggegarkan diri sendiri. Segala teguran membina dan bermanfaat amat dialu-alukan daripada antum (kamu) semua.. Walau merasa lemah dan kekurangan ilmu, tetapi sambut kalam Rasulullah SAW, Balaghu a’nni walau ayah (sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat). Jazakallahukhairan kathiran^^.
Read more
 

BrotherMujahid.com Design by Insight © 2009